Friday 24 February 2012

Jangan bunuh ular dalam rumah atau anda akan dibunuh!*


Rumah anda pernah dimasuki ular?

Ular masuk rumah, bukan isu. Bukan benda misteri.

Yang menjadi misteri ialah, tidak semua ular yang masuk ke dalam rumah anda, adalah ular!

Kalau ular yang masuk itu bukan ular, apakah sebenarnya ular itu?!

Ular bukan ular?

Di sinilah misterinya...

Lebih misteri lagi, pernah berlaku seorang manusia terus mati sebaik sahaja membunuh ular yang sedang berlingkar di dalam rumahnya!

Apakah sebab kematiannya?

Siapa pula yang membunuhnya?

Pada suatu hari...pada zaman yang silam dan pada detik waktu yang lampau…Abu Saib pergi menziarahi Abu Sa’id al-Khudri radiallahu ’anh, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika Abu Saib tiba, Abu Sa’id al-Khudri sedang bersolat. Mahu tidak mahu, Abu Saib terpaksa menunggu sehingga Abu Sa’id al-Khudri r.a selesai mengerjakan solat.

Semasa sedang menunggu itu, Abu Saib mendengar sesuatu yang bergerak dalam timbunan pelepah tamar, yang terletak di satu penjuru rumah Abu Sa’id al-Khudri.

Abu Saib yang segera menoleh ke arah timbunan pelepah tamar itu terkejut, bila mendapati bunyi pergerakan itu rupa-rupanya datang dari seekor ular!

Apalagi, Abu Saib segera menerpa ke arah ular itu untuk membunuhnya. Namun, sebelum sempat beliau berbuat demikian, Abu Sa’id al-Khudri r.a segera memberikan isyarat kepada beliau supaya duduk dan membiarkan saja ular tersebut.

Akur dengan isyarat itu, Abu Saib duduk dan membatalkan niatnya untuk membunuh ular tersebut.

Malang pengantin baru

Setelah ular itu beredar, Abu Sa’id al-Khudri r.a menunjukkan dengan jarinya ke arah sebuah rumah yang berdekatan, sambil berkata kepada Abu Saib, “engkau nampak rumah itu?”.

“Ya, saya Nampak”, ujar Abu Saib.

“Sebelum ini, rumah itu didiami oleh seorang pemuda yang baru berkahwin”, kata Abu Sa’id al-Khudri memulakan ceritanya tentang kisah pemuda tersebut.

Cerita ini bermula apabila pemuda tersebut turut serta dalam perang Khandak yang dipimpin Rasulullah s.a.w, bersama-sama  dengan Abu Sa’id al-Khudri dan para sahabat yang lain.

“Ketika kami semua berada di medan perang Khandak, pemuda tadi meminta izin Rasulullah s.a.w untuk pulang ke rumahnya sekejap, ketika separuh hari sudah berlalu. Setelah diizinkan, dia pun pulang menemui isteri yang baru sahaja dikahwininya”, cerita Abu Sa’id al-Khudri.

Cerita ini mula menuju ke kemuncaknya apabila suatu hari, pemuda tadi sekali lagi meminta izin untuk pulang ke rumahnya. Maklumlah, beliau baru sahaja berkahwin dan dalam masih dalam tempoh ‘bulan madu’.

Rasulullah s.a.w yang memahami situasi pemuda ini, tidak keberatan membenarkannya pulang, meskipun umat Islam ketika itu berada di medan perang.

Tapi, kali ini, Rasulullah seolah-olah dapat merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku ke atas si pemuda.

Tidak seperti sebelum ini, iaitu semasa si pemuda meminta izin untuk pulang pada kali pertama, Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya, “bawalah sekali senjata mu kerana aku bimbang Bani Quraizah (salah satu puak Yahudi) mengancam keselamatanmu”.

Sebaik sahaja mengambil senjatanya seperti yang diminta oleh Rasulullah s.a.w, si pemuda terus beredar pulang bagi menemui isteri yang dirinduinya.

Sebaik tiba di rumahnya, si pemuda tiba-tiba diresapi kemarahan yang meluap-meluap, sehingga mengacukan lembing ke arah isterinya, seolah-olah mahu menikamnya.

Kebetulan, semasa dia tiba di rumahnya, dia melihat isterinya berdiri di pintu rumah.

Oleh kerana isterinya itu baru sahaja dikahwini, dan tiada sebab untuknya berdiri di pintu rumah, sementelahan pula dia tiada di rumah kerana berjuang di medan perang, si pemuda merasa sangat cemburu.

Dengan sebab itulah dia mengacukan lembingnya ke arah isterinya.

“Sabar bang, simpanlah dulu lembing abang itu!”, rayu si isteri.

“Marilah masuk ke dalam dulu, biar abang tengok sendiri apa yang menyebabkan saya keluar”, pujuk si isteri.

Si pemuda terus masuk ke dalam rumah dan beliau terkejut bila melihat seekor ular yang sangat besar, yang sedang berlingkar di atas katil!

Dendam ular

Tanpa berfikir panjang, si pemuda terus menikam ular tersebut. Tikamannya menyebabkan ular mengelepar sambil menyerang dan menerkam si pemuda.

Kesudahannya, si pemuda dan ular yang ditikamnya, mati.

“Tidak diketahui siapa yang mati terlebih dahulu, si pemuda atau pun ular yang ditikamnya”, cerita Abu Sa’id al-Khudri r.a lagi.

Peristiwa tragis yang menimpa si pemuda pengantin baru itu, menimbulkan persoalan dan misteri, disamping rasa simpati di kalangan para sahabat.

Bagi menyingkap tabir misteri yang menyelubungi kematiannya, para sahabat pergi menemui Rasulullah s.a.w bagi menceritakan apa yang berlaku.

“Berdoalah kepada Allah, wahai Rasulullah semoga Allah menghidupkannya kembali”, rayu para sahabat kepada Nabi s.a.w kerana begitu menyayangi si pemuda dan bersimpati dengan apa yang berlaku ke atasnya dan juga isterinya.

Nabi Muhammad s.a.w tidak memenuhi permintaan para sahabat, sebaliknya meminta mereka memohon ampun bagi si pemuda.

“Pohonlah ampun dari Allah untuk sahabat kamu itu”, sabda Baginda kepada mereka semua.

Merungkai misteri kematian si pemuda, Nabi s.a.w bersabda, “sesungguhnya di Madinah ini [terdapat] jin-jin yang telah memeluk Islam. Maka, apabila kamu melihat sesuatu daripada mereka, hendaklah kamu memberi amaran selama tiga hari.

Jika ternyata kepada kamu selepas itu [bahawa ular yang berada dalam rumah kamu itu benar-benar ular] maka hendaklah kamu membunuhnya. Sesungguhnya itu adalah syaitan”.

Cerita di atas beserta hadis yang dinyatakan bersumberkan Sahih Muslim. Ertinya, kisah ini adalah kisah benar dan hadis yang disebutkan adalah hadis sahih.

Sementara huraian kisah dan hadis di atas bersumberkan kitab Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih.

Menurut pengarang kitab Aun al-Ma’bud, larangan membunuh ular yang dijumpai di dalam rumah kecuali setelah diberikan amaran, terpakai pada semua tempat, bukan khusus kepada rumah di Madinah al-Munawwarah sahaja seperti yang difahami ramai ulama.

Amaran

Oleh kerana ular yang anda jumpai di dalam rumah anda, bukan semuanya ular, sebaliknya kadang-kadang ia adalah jin yang menjelma menjadi ular, maka jangan terus di bunuh.

Kalau kebetulan ular yang dibunuh itu sebenarnya jin, kemungkinan sanak saudara atau kawan-kawannya akan menuntut bela di atas kematiannya seperti kisah di atas.

Justeru apa yang perlu anda buat bila terserempak dengan ular di dalam rumah?

Anda kenalah memberi amaran kepada ular itu supaya keluar. Amaran diberikan sebanyak tiga kali sebagaimana pandangan sesetengah ulama (lihat Aun al-Ma’bud).

Tetapi jumhur ulama mengatakan amaran diberi selama tiga hari!

Setelah diberi amaran, tapi ia tidak keluar juga, itu menandakan ular itu memang ular sebenar, bukannya jin yang bertukar rupa. Di saat itu, barulah ular itu ‘selamat’ untuk dibunuh.

Tapi, kaedah yang dinyatakan ini hanya melibatkan ular yang ditemui di dalam rumah sahaja.

Kalau ia ditemui di tempat lain, sekalipun di dalam masjid-seperti yang dinyatakan Imam Malik (lihat huraian Imam Nawawi ke atas Sahih Muslim)-anda disunatkan membunuhnya terus, tanpa memberikan amaran.


NOTA : Ini adalah artikel lama yang dimasukkan bagi mengelakkan blog ini tidak dikemaskini.

34 comments:

  1. wah menakutkan sekali jika ada ular di dalam rumah kita.

    ReplyDelete
  2. saya nak masuk tandas,buka lampu & pintu...terkejut tgk ular dalam tandas....ular warna coklat....xde corak pun....sy terus pggl family sy,pastu sy tgk dlm toilet,ular tu dah hilang....pdhal sy ttp pintu....dlm 15mnt, sy tgh buang air besar,ular mengintai menjulurkan kepalanya,dan sy halau ular tu dgn prkataan 'shuhh2' die trus larikan kepala & tak tau ke mana,padahal sy dah tabur belerang kuning....masa tu waktu nak dkat maghrib dlm pkl 7....mak sy & adk sy ckp ular jelmaan tp x mgkin jelmaan sbb die warne brown....bkn warne black....tp meremang jugak bulu roma sy mase tu n keeskn pg sy still igt psl ni,masih lg meremang bulu roma sy....tp sy xpasti la jelmaan or x coz skrg musim panas....ular tu nk cri tmpt sjuk ke mcmne xtau laa...mcmne nk pastikan ular jelmaan or x ek??skrg sy sudah fobia dgn ular....benda ni dah lpas 4,5 ari....tp still tkt lgi...coz xtau ular 2 ke mana....bwh tangga ke atau merayau ke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 da lah manusia ni kan

      Delete
    2. Ular jantan tu nak skodeng...​

      Delete
    3. Yg tu taik awk je saya rasa. Coklat tk bercorak. Awk ni over thinking. Dh flash mmg hilang terus la ular tu, mangkuk

      Delete
  3. Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi satu cerita dan ingin bertanya. Satu hari ada seekor ular hitam di bawah katil saya. Oleh sebab tiada pengetahuan apa perlu dilakukan terhadap ular itu, saya hanya mendiamkan diri tanpa memberitahu sesiapa. Saya juga fikir itu mungkin syaitan yang ingin mengganggu saya. Selepas beberapa hari, saya terjumpa kulit ular di ruang tamu dan ibu saya pun nampak. Tapi ibu saya cuba alihkan perhatian saya dengan beritahu saya yang itu mungkin satu alat permainan adik lelaki saya. Setiap malam saya akan kemas katil saya untuk pastikan tiada apa yang ganjil. Keesokan paginya, apabila saya angkat bantal saya, ada seekor ular melingkar seperti tengah tidur. Saya terperanjat dan takut. Apabila ular itu tejaga, ia menuju ke arah saya dan saya kaku. Saya cuba berfikir dan mendapat satu idea untuk bunuh ular itu. Saya beritahu ayah saya lalu ayah saya ambil kayu dan bunuh ular itu. Petang itu, selepas ayah saya balik dari kerja, ayah saya tanam ular itu. Jadi, sebagai pelindung, ibu saya letak garam di bawah katil saya sambil baca surah al-Kafirun. Betulkah perbuatan yang telah dilakukan dan mungkinkah perkara yang sama akan berlaku pada masa akan datang? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pulak malam tadi 2.01.2015 1.30 Ular jatuh dari atas n pelik nya atas tu x de lubang sama sekali n ukar tu jatuh n terkena tengan mak saya n sampai tangan mak saya luka sbb kena kulit nya
      ular tu warna hitam n dalam beberapa menit kita ak cari ular tu da hilang mcam jin
      n firasat saya tu memang manusia sbb kenapa boleh hilag mcam tu saja

      Delete
  4. Assalamualaikum, saya nk kongsi cerita pd hari ahad 18-5-2014 pkl 9.30 pagi, mak N ayah saya ada trdengar bunyi bawah almari dapur, bunyi amat kuat N menakutkan, ayah tanya mak bunyi apakah itu, mak menjwb tak tahu, ayahpn ambik kayu nk jolok kat bwh almari dapur, lama punya lama ayah jolok hanya bunyi yg menakutkan, tp ayah nk tahu bende apa yg ada kat c2.... dh hmpir 10 mnt ayah jolok, ayah ada bg tahu, agaknya ular kot tp mak jwb biar betul ayah ni, bru je ayah cakap cam2 bende yg ayah jolok akhirnya keluar, tahu tak bende apa ???? Rupa"nya ular tedung berbisa keluar dr bawah almari dapur dengan kepala tegak dan trbuka, besar sama besar lengan budak umur 13 thn, mak lari msuk bilik, ayah lari keluar lalu pintu depan (psl rmh kmi takde pintu belakang), tp heran bila ular tu tak merasa terancam ular tu pun keluar entah kemna, tak dapat dikesan psl dah pnggil JPAM, JPAM pun xleh nk kesan ataupn tangkap ular tedung tu, dah cari keliling rumah tp sampai ke hr ini hanya mak N ayah yg nampak ular tu.... tp mak N ayah msih berhati" psl ular yg mak N ayah jmp jenis ular berbisa...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Pada 11.08.14 umah saya telah dimaauki ular hitam yg ade tanda mata kat atas.saya tk tau ular ape tu. Dengan perasaan takot dan jgk pikirkan keselamatan anak2 saya amek kepit,saya kepit ular tu buang dalam longkang. Saya tk berani nak bunuh sbb dh takot sgt. Dan suami tkde kt umah mase tu. Saya harap tu yg pertama dan last masuk rumah. Semoga Allah lindungi saya,suami dan anak2 dari segala kejahatan.

    ReplyDelete
  6. Anak ular hitam yg kecik tu agak selalu jugak la muncul.. X tahu mana dtgnya.. Apakah petanda? Sy bunuh then trus cmpk di belakang rumah.. Minggu ni da 2x.. Kdng2 dlm setahun 3 ke 4x dia munculkan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha samalah . tpi tahun ni dah dua kali ular masuk rumah dua dua anak ular . masa first tu ular sawa batik , yg second ular tedung . fuh mmg meremang bulu roma

      Delete
    2. Ha samalah . tpi tahun ni dah dua kali ular masuk rumah dua dua anak ular . masa first tu ular sawa batik , yg second ular tedung . fuh mmg meremang bulu roma

      Delete
  7. Anak ular hitam yg kecik tu agak selalu jugak la muncul.. X tahu mana dtgnya.. Apakah petanda? Sy bunuh then trus cmpk di belakang rumah.. Minggu ni da 2x.. Kdng2 dlm setahun 3 ke 4x dia munculkan diri..

    ReplyDelete
  8. Anak ular hitam yg kecik tu agak selalu jugak la muncul.. X tahu mana dtgnya.. Apakah petanda? Sy bunuh then trus cmpk di belakang rumah.. Minggu ni da 2x.. Kdng2 dlm setahun 3 ke 4x dia munculkan diri..

    ReplyDelete
  9. Ya Allah.. Tadi dalam jam 7.45 sewaktu nak kedapur terkejut sy tba2 ade bunyi bengkis2 mcm bunyi anak kucing kecik yg liar lau kt nk pegang. Kuat bunyinye.. Sy pndg ke bawah tong gas ada anak ular itam terus sy mjerit2 msuk bilik solat pggil suami. Suami yg da rokaat 3 tpksa terjaga tgk sy jerit2. Sy mmg geli dan penakut dgn ular. Sy xpernah jumpa ular idup. Fobia terus. Suami hnya halau ular tu dgn ckp " kalau kau jin baik keluar, kalau ular aku bunuh".. Pastu suami guide die keluar lalu pintu belakang.. Huhu seram sy tgk..

    ReplyDelete
  10. nak biarkan ular tu stay 3 hari ke ? macam mane kalau ular tu pergi tempat tersorok ke macam bawah sofa , bawah meja then kena patuk . klau halau keluar xboleh ke ??

    ReplyDelete
  11. nak biarkan ular tu stay 3 hari ke ? macam mane kalau ular tu pergi tempat tersorok ke macam bawah sofa , bawah meja then kena patuk . klau halau keluar xboleh ke ??

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum. Tadi ada MACAM anak ular. Kecik. Warna x berapa pasti. Mungkin hitam. Nak buang kat luar pakai penyodok dia lari laju msuk bwh katil pastu x tau mans pergi. Nak tanya.. anak ular mcm tu berbisa tak?

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum... 10hb baru2 ni seekor ular daun dalam tandas rumahku. Saya pun tidak tahu bila masa dia berada di situ. Saya ada menyuruh dia keluar tp tdk tahu berapa kali dan tdk bergerak pun. So saya bunuh ular tu lg2 dia berada dlm rumahmu.saya juga tidak tahu sama ada dia berbisa atau tidak. Badanya cokelat dan garis hijau di bahagian tepi perut. Saya nak tanya, apa sebenarnya PETANDA ULAR masuk RUMAH?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum... 10hb baru2 ni seekor ular daun dalam tandas rumahku. Saya pun tidak tahu bila masa dia berada di situ. Saya ada menyuruh dia keluar tp tdk tahu berapa kali dan tdk bergerak pun. So saya bunuh ular tu lg2 dia berada dlm rumahmu.saya juga tidak tahu sama ada dia berbisa atau tidak. Badanya cokelat dan garis hijau di bahagian tepi perut. Saya nak tanya, apa sebenarnya PETANDA ULAR masuk RUMAH?

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum... 10hb baru2 ni seekor ular daun dalam tandas rumahku. Saya pun tidak tahu bila masa dia berada di situ. Saya ada menyuruh dia keluar tp tdk tahu berapa kali dan tdk bergerak pun. So saya bunuh ular tu lg2 dia berada dlm rumahku.saya juga tidak tahu sama ada dia berbisa atau tidak. Badanya cokelat dan garis hijau di bahagian tepi perut. Saya nak tanya, apa sebenarnya PETANDA ULAR masuk RUMAH?

    ReplyDelete
  18. Hari ini sudah 2 x rumah kemasukan ular..kebetulan lokasi blkg rumah pohon bambu dan kebun2 tetangga yg kurang terawat..sering sekali ular berkeliaran sekitar rumah..sring juga masuk rumah..adakah yang tau bgmn mengusir ular2itu dr sekitar rumah..

    ReplyDelete
  19. Ayah saya baru je bunuh ular, adik saya jumpa dalam rumah, anak ular hitam tapi kepalanya besar waktu maghrib tadi. Ayah pulak tak warning, terus je bunuh. Adoi.. Risau pulak.

    ReplyDelete
  20. Ular termasuk hewan yang diperintahkan oleh Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk dibunuh, seperti dijelaskan dalam hadits-hadits berikut ini:

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا سَالَمْنَاهُنَّ مُنْذُ حَارَبْنَاهُنَّ وَمَنْ تَرَكَ شَيْئًا مِنْهُنَّ خِيفَةً فَلَيْسَ مِنَّا

    Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , ia berkata, “Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah kami pernah berdamai dengannya (ular) sejak kami memusuhinya, maka barangsiapa yang membiarkannya lantaran rasa takut, maka ia tidak termasuk golongan kami. ” [HR. Abu Daud, Hasan Shahih: Al Misykah (4139)]



    Sumber: https://almanhaj.or.id/4105-hukum-membunuh-ular.html

    ReplyDelete
  21. Xd bru jer jumpa ngn ular mcm ular sawa batik kecik jer beso jari kelingkir xp mse sye nmpk dia still kt tingkap pstu bila sye nk pnggil mak sye dia mcm terjatoh kt singki bersebelhn ngn tingkap x smpai bpe saat ular tu dh xder adakah itu ular atau pon ???

    ReplyDelete
  22. Adudu Tak tau ni de ular msuk rumah kena kill langsung. Tak tau klau harus di usir.. Di ampuni tak ye kesalahan yeke

    ReplyDelete
  23. kalo saye dah muak betul tengok ular masuk rumah, hampir tiap tiap minggu ade aje ular, kalau ads dalam rumah saye tak bunuh, saye usir dengan tolal dia pakai penyapu biar keluar rumah, kalau diluar rumah saye empak dengan kayu sampai mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klo luar rumah xpe kn en..sy bakar kt luar rumah ank ular tu..sbb nk sahih kn binatang tu cacing ke ank ular..

      Delete
  24. Pengamalam sy, ada 2 ekor anak ular berwrna hitam,pada mula nya sy ingtkan cacing..sy tngkap lepas tu letak bawa keluar rumah..dgn perasaan ingin tahu,adakah ianya cacing atau anak ular,sy bakar dgn litter..selepas di bakar di luar rumah,sy tgok kulit ular tu trbakar mcm sisik..lepas bakar tu baru sy dpt jawapan ianya adalah anak ular hitam sebesar cacing..persoalanya sekarang mcm mna ular tu blh masuk rumah sy,?? Sedangkn rumah sy berada ditngkat 4..sekarang ni jdi muskil mna dtg nya anak ular tu,dh lah dlm bilik tidur pulak tu..persoalan yg xdpt trjwb lagi,anak ular tu jin ke atau anak ular sebenar..anak ular tu sy dh bakar kat luar rumah..

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum.. hari ini sy di kejutkan dgn 2ekor anak ular, mula2 anak sy nampak seekor ular je dekat pintu rumah depan yg tertutup, pastu sy usir ular dgn mengambil kain sy balingan ke arahnya, lepas tu ular tu jatuh dan masuk kt bawah sofa plk sy semakin panik sebab hewan2 melata ni sy sgt takut, terlalu lama sy menunggu ular tu ke luar dari bawah sofa tu, lepas tu sy ade nampak lg se ekor ular tu depan pintu yg nk masuk dlm rumah jgk sy ingat ular yg kt bawah sofa tu keluar n sy tutup pintu rapat ekor ular tu tersepit plk kt pintu lepastu sy cepat2 keluar n tengok ular tu sy buat mcm tadi dgn membaling kain ke arahnya n ekornya yg tersepit tadi tu terlepas n lari menuju bawah kereta n hilang ntah ke mana. N sy masuk dlm rumah balik angkat sofa n memeriksanya slow2 rupa2nya ular yg kt luar tadi bukan ular yg ade kt bawah sofa ular lain plk, sy bukan main paniknya call huby yg tgh outstation plk tu nk mintak tolong jiran pon xde, pastu huby tpon adik dia suruh DTG umh sampai2 kt umah tanya ular tu dok mana n sy tunjuk ular tu ade kt celah2 bawah tikar kemudian adik ipar sy tu ambik kayu n membunuhnya sy rasa kesian plk gn ular tu, mudah2an ular tu bukan ular jin.😥😥

    ReplyDelete
  26. Sy pun ade crita sal ular....ular hitam besar sering muncul then hilang...muncul lagi then hilang 4kali pnggil jpam.....ttp x berjaya tangkap..sebb seblum jpam smpai tgk ular tu msh ade cri cri dh xxdr....ular tu dh pnjng sedepw besar lengan budak 10 thun

    ReplyDelete
  27. Assalammualaikum .. 2 hari lepas saya nampak seekor anak ular hitam tengah melekat dekat dinding dalam tandas. Warna ular tu hitam pikat. Kalau tgk dri jauh nampak mcm bersinar2 je. Pastu abah ambik tongkat utk halau ular tu kuar tp belum sempat halau dia dah masuk dlm blik stor. Sampai skrg saya tk tido dlm blik sy sebab takut. Trauma. Takut dia masuk blik sy. Lgipun tandas tu bersebelahan blik sy and bilik stor tu plk bersebelahan dgn tandas. Dulu time abah duk umah dgn 3 org adik2, ada jugak ular masuk. Ular tu duk dkt pintu tandas. Musykil betul asal masuk je mesti dkt tandas. Mcm xde tempat lain. Time tu mak takde sbb duk hospital (pregnant) and sy duk kolej. Sy x pasti tu ular atau jin, cuma apa yg sy boleh share, kalau masih takut and pening fikir tu ular atau jin, amal lah baca surah al baqarah setiap hari dlm umah. In Shaa Allah segala benda2 jahat akan kuar.

    ReplyDelete