Syaikh Qaradhawi |
Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh
Yusuf al-Qaradhawi, terus bergerak bersama denyut nadi ummah, apabila tampil dengan
gesaan kepada seluruh umat Islam, agar memboikot barangan buatan Rusia dan
China.
Gesaan ini sebagai respon beliau terhadap ketidakperikemanusiaan kedua-dua negara kuasa besar itu, yang telah menggunakan
kuasa veto bagi menghalang Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu, mengambil
tindakan ke atas regim Bashar al-Asad, yang melakukan penyembelihan ke atas
rakyat Syria.
Dalam program Syariah
Wa al-Hayah (Syariah dan Kehidupan) di stesen satelit al-Jazeera, Qaradhawi
dilaporkan sebagai berkata, “saya menyeru semua orang yang (berjiwa) merdeka di
seluruh dunia, agar menentang orang-orang yang menzalimi rakyat Syria dengan
cara memihak kepada kezaliman regim Syria yang menentang hak rakyat”.
Beliau menambah, pendirian Rusia dan China itu, merupakan
satu “penentangan ke atas negara-negara Arab, rakyat Syria dan semua rakyat
beragama Islam.
Oleh demikian, menjadi kewajipan
orang-orang Syria dan umat Islam, memboikot barangan buatan Rusia dan China,
dan tidak mengeluarkan apa jua harta benda untuk kepentingan barangan-barangan
tersebut”.
Dakwaan Iran bersubahat
Dalam perkembangan berkaitan, Ikhwanul Muslimin
(IM) Syria turut menuding jari kepada Iran, yang disifatkan sebagai turut
bekerjasama dengan Rusia dan China dalam membantu regim al-Asad menyembelih rakyat
Syria.
Ketiga-tiga negara ini dituduh sedemikian, bukan
sahaja kerana sokongan mereka terhadap regim al-Asad, malah disebabkan tindakan
mereka membekalkan senjata kepada regim zalim itu.
Justeru, dakwa IM Syria, ketiga-tiga negara ini turut
bertanggungjawab di atas setiap titisan darah yang ditumpakah di bumi Syria.
Sumber : islamtoday
No comments:
Post a Comment