Rumah anda pernah dimasuki ular?
Ular masuk rumah, bukan isu. Bukan benda misteri.
Yang menjadi misteri ialah, tidak semua ular yang
masuk ke dalam rumah anda, adalah ular!
Kalau ular yang masuk itu bukan ular, apakah
sebenarnya ular itu?!
Ular bukan ular?
Di sinilah misterinya...
Lebih misteri lagi, pernah berlaku seorang manusia
terus mati sebaik sahaja membunuh ular yang sedang berlingkar di dalam
rumahnya!
Apakah sebab kematiannya?
Siapa pula yang membunuhnya?
Pada suatu hari...pada zaman yang silam dan pada
detik waktu yang lampau…Abu Saib pergi menziarahi Abu Sa’id al-Khudri
radiallahu ’anh, seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika Abu Saib tiba, Abu Sa’id al-Khudri sedang
bersolat. Mahu tidak mahu, Abu Saib terpaksa menunggu sehingga Abu Sa’id al-Khudri
r.a selesai mengerjakan solat.
Semasa sedang menunggu itu, Abu Saib mendengar
sesuatu yang bergerak dalam timbunan pelepah tamar, yang terletak di satu
penjuru rumah Abu Sa’id al-Khudri.
Abu Saib yang segera menoleh ke arah timbunan
pelepah tamar itu terkejut, bila mendapati bunyi pergerakan itu rupa-rupanya
datang dari seekor ular!
Apalagi, Abu Saib segera menerpa ke arah ular itu
untuk membunuhnya. Namun, sebelum sempat beliau berbuat demikian, Abu Sa’id
al-Khudri r.a segera memberikan isyarat kepada beliau supaya duduk dan
membiarkan saja ular tersebut.
Akur dengan isyarat itu, Abu Saib duduk dan
membatalkan niatnya untuk membunuh ular tersebut.
Malang pengantin baru
Setelah ular itu beredar, Abu Sa’id al-Khudri r.a
menunjukkan dengan jarinya ke arah sebuah rumah yang berdekatan, sambil berkata
kepada Abu Saib, “engkau nampak rumah itu?”.
“Ya, saya Nampak”, ujar Abu Saib.
“Sebelum ini, rumah itu didiami oleh seorang
pemuda yang baru berkahwin”, kata Abu Sa’id al-Khudri memulakan ceritanya
tentang kisah pemuda tersebut.
Cerita ini bermula apabila pemuda tersebut turut
serta dalam perang Khandak yang dipimpin Rasulullah s.a.w, bersama-sama dengan Abu Sa’id al-Khudri dan para sahabat
yang lain.
“Ketika kami semua berada di medan perang Khandak,
pemuda tadi meminta izin Rasulullah s.a.w untuk pulang ke rumahnya sekejap,
ketika separuh hari sudah berlalu. Setelah diizinkan, dia pun pulang menemui
isteri yang baru sahaja dikahwininya”, cerita Abu Sa’id al-Khudri.
Cerita ini mula menuju ke kemuncaknya apabila
suatu hari, pemuda tadi sekali lagi meminta izin untuk pulang ke rumahnya.
Maklumlah, beliau baru sahaja berkahwin dan dalam masih dalam tempoh ‘bulan
madu’.
Rasulullah s.a.w yang memahami situasi pemuda ini,
tidak keberatan membenarkannya pulang, meskipun umat Islam ketika itu berada di
medan perang.
Tapi, kali ini, Rasulullah seolah-olah dapat
merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku ke atas si pemuda.
Tidak seperti sebelum ini, iaitu semasa si pemuda
meminta izin untuk pulang pada kali pertama, Rasulullah s.a.w bersabda
kepadanya, “bawalah sekali senjata mu kerana aku bimbang Bani Quraizah (salah
satu puak Yahudi) mengancam keselamatanmu”.
Sebaik sahaja mengambil senjatanya seperti yang
diminta oleh Rasulullah s.a.w, si pemuda terus beredar pulang bagi menemui
isteri yang dirinduinya.
Sebaik tiba di rumahnya, si pemuda tiba-tiba
diresapi kemarahan yang meluap-meluap, sehingga mengacukan lembing ke arah
isterinya, seolah-olah mahu menikamnya.
Kebetulan, semasa dia tiba di rumahnya, dia
melihat isterinya berdiri di pintu rumah.
Oleh kerana isterinya itu baru sahaja dikahwini,
dan tiada sebab untuknya berdiri di pintu rumah, sementelahan pula dia tiada di
rumah kerana berjuang di medan perang, si pemuda merasa sangat cemburu.
Dengan sebab itulah dia mengacukan lembingnya ke
arah isterinya.
“Sabar bang, simpanlah dulu lembing abang itu!”,
rayu si isteri.
“Marilah masuk ke dalam dulu, biar abang tengok
sendiri apa yang menyebabkan saya keluar”, pujuk si isteri.
Si pemuda terus masuk ke dalam rumah dan beliau
terkejut bila melihat seekor ular yang sangat besar, yang sedang berlingkar di
atas katil!
Dendam ular
Tanpa berfikir panjang, si pemuda terus menikam
ular tersebut. Tikamannya menyebabkan ular mengelepar sambil menyerang dan
menerkam si pemuda.
Kesudahannya, si pemuda dan ular yang ditikamnya,
mati.
“Tidak diketahui siapa yang mati terlebih dahulu,
si pemuda atau pun ular yang ditikamnya”, cerita Abu Sa’id al-Khudri r.a lagi.
Peristiwa tragis yang menimpa si pemuda pengantin
baru itu, menimbulkan persoalan dan misteri, disamping rasa simpati di kalangan
para sahabat.
Bagi menyingkap tabir misteri yang menyelubungi
kematiannya, para sahabat pergi menemui Rasulullah s.a.w bagi menceritakan apa
yang berlaku.
“Berdoalah kepada Allah, wahai Rasulullah semoga
Allah menghidupkannya kembali”, rayu para sahabat kepada Nabi s.a.w kerana
begitu menyayangi si pemuda dan bersimpati dengan apa yang berlaku ke atasnya
dan juga isterinya.
Nabi Muhammad s.a.w tidak memenuhi permintaan para
sahabat, sebaliknya meminta mereka memohon ampun bagi si pemuda.
“Pohonlah ampun dari Allah untuk sahabat kamu
itu”, sabda Baginda kepada mereka semua.
Merungkai misteri kematian si pemuda, Nabi s.a.w
bersabda, “sesungguhnya di Madinah ini [terdapat] jin-jin yang telah memeluk
Islam. Maka, apabila kamu melihat sesuatu daripada mereka, hendaklah kamu
memberi amaran selama tiga hari.
Jika ternyata kepada kamu selepas itu [bahawa ular
yang berada dalam rumah kamu itu benar-benar ular] maka hendaklah kamu
membunuhnya. Sesungguhnya itu adalah syaitan”.
Cerita di atas beserta hadis yang dinyatakan
bersumberkan Sahih Muslim. Ertinya, kisah ini adalah kisah benar dan hadis yang
disebutkan adalah hadis sahih.
Sementara huraian kisah dan hadis di atas
bersumberkan kitab Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih.
Menurut pengarang kitab Aun al-Ma’bud,
larangan membunuh ular yang dijumpai di dalam rumah kecuali setelah diberikan
amaran, terpakai pada semua tempat, bukan khusus kepada rumah di Madinah
al-Munawwarah sahaja seperti yang difahami ramai ulama.
Amaran
Oleh kerana ular yang anda jumpai di dalam rumah
anda, bukan semuanya ular, sebaliknya kadang-kadang ia adalah jin yang menjelma
menjadi ular, maka jangan terus di bunuh.
Kalau kebetulan ular yang dibunuh itu sebenarnya
jin, kemungkinan sanak saudara atau kawan-kawannya akan menuntut bela di atas
kematiannya seperti kisah di atas.
Justeru apa yang perlu anda buat bila terserempak
dengan ular di dalam rumah?
Anda kenalah memberi amaran kepada ular itu supaya
keluar. Amaran diberikan sebanyak tiga kali sebagaimana pandangan sesetengah
ulama (lihat Aun al-Ma’bud).
Tetapi jumhur ulama mengatakan amaran diberi
selama tiga hari!
Setelah diberi amaran, tapi ia tidak keluar juga,
itu menandakan ular itu memang ular sebenar, bukannya jin yang bertukar rupa.
Di saat itu, barulah ular itu ‘selamat’ untuk dibunuh.
Tapi, kaedah yang dinyatakan ini hanya melibatkan
ular yang ditemui di dalam rumah sahaja.
Kalau ia ditemui di tempat lain, sekalipun di
dalam masjid-seperti yang dinyatakan Imam Malik (lihat huraian Imam Nawawi ke
atas Sahih Muslim)-anda disunatkan membunuhnya terus, tanpa memberikan amaran.
NOTA : Ini adalah artikel lama yang dimasukkan bagi mengelakkan blog ini tidak dikemaskini.
NOTA : Ini adalah artikel lama yang dimasukkan bagi mengelakkan blog ini tidak dikemaskini.
wah menakutkan sekali jika ada ular di dalam rumah kita.
ReplyDeletesaya nak masuk tandas,buka lampu & pintu...terkejut tgk ular dalam tandas....ular warna coklat....xde corak pun....sy terus pggl family sy,pastu sy tgk dlm toilet,ular tu dah hilang....pdhal sy ttp pintu....dlm 15mnt, sy tgh buang air besar,ular mengintai menjulurkan kepalanya,dan sy halau ular tu dgn prkataan 'shuhh2' die trus larikan kepala & tak tau ke mana,padahal sy dah tabur belerang kuning....masa tu waktu nak dkat maghrib dlm pkl 7....mak sy & adk sy ckp ular jelmaan tp x mgkin jelmaan sbb die warne brown....bkn warne black....tp meremang jugak bulu roma sy mase tu n keeskn pg sy still igt psl ni,masih lg meremang bulu roma sy....tp sy xpasti la jelmaan or x coz skrg musim panas....ular tu nk cri tmpt sjuk ke mcmne xtau laa...mcmne nk pastikan ular jelmaan or x ek??skrg sy sudah fobia dgn ular....benda ni dah lpas 4,5 ari....tp still tkt lgi...coz xtau ular 2 ke mana....bwh tangga ke atau merayau ke....
ReplyDeletemacam2 da lah manusia ni kan
DeleteAssalamualaikum. Saya ingin berkongsi satu cerita dan ingin bertanya. Satu hari ada seekor ular hitam di bawah katil saya. Oleh sebab tiada pengetahuan apa perlu dilakukan terhadap ular itu, saya hanya mendiamkan diri tanpa memberitahu sesiapa. Saya juga fikir itu mungkin syaitan yang ingin mengganggu saya. Selepas beberapa hari, saya terjumpa kulit ular di ruang tamu dan ibu saya pun nampak. Tapi ibu saya cuba alihkan perhatian saya dengan beritahu saya yang itu mungkin satu alat permainan adik lelaki saya. Setiap malam saya akan kemas katil saya untuk pastikan tiada apa yang ganjil. Keesokan paginya, apabila saya angkat bantal saya, ada seekor ular melingkar seperti tengah tidur. Saya terperanjat dan takut. Apabila ular itu tejaga, ia menuju ke arah saya dan saya kaku. Saya cuba berfikir dan mendapat satu idea untuk bunuh ular itu. Saya beritahu ayah saya lalu ayah saya ambil kayu dan bunuh ular itu. Petang itu, selepas ayah saya balik dari kerja, ayah saya tanam ular itu. Jadi, sebagai pelindung, ibu saya letak garam di bawah katil saya sambil baca surah al-Kafirun. Betulkah perbuatan yang telah dilakukan dan mungkinkah perkara yang sama akan berlaku pada masa akan datang? Terima kasih.
ReplyDeletesaya pulak malam tadi 2.01.2015 1.30 Ular jatuh dari atas n pelik nya atas tu x de lubang sama sekali n ukar tu jatuh n terkena tengan mak saya n sampai tangan mak saya luka sbb kena kulit nya
Deleteular tu warna hitam n dalam beberapa menit kita ak cari ular tu da hilang mcam jin
n firasat saya tu memang manusia sbb kenapa boleh hilag mcam tu saja
Assalamualaikum, saya nk kongsi cerita pd hari ahad 18-5-2014 pkl 9.30 pagi, mak N ayah saya ada trdengar bunyi bawah almari dapur, bunyi amat kuat N menakutkan, ayah tanya mak bunyi apakah itu, mak menjwb tak tahu, ayahpn ambik kayu nk jolok kat bwh almari dapur, lama punya lama ayah jolok hanya bunyi yg menakutkan, tp ayah nk tahu bende apa yg ada kat c2.... dh hmpir 10 mnt ayah jolok, ayah ada bg tahu, agaknya ular kot tp mak jwb biar betul ayah ni, bru je ayah cakap cam2 bende yg ayah jolok akhirnya keluar, tahu tak bende apa ???? Rupa"nya ular tedung berbisa keluar dr bawah almari dapur dengan kepala tegak dan trbuka, besar sama besar lengan budak umur 13 thn, mak lari msuk bilik, ayah lari keluar lalu pintu depan (psl rmh kmi takde pintu belakang), tp heran bila ular tu tak merasa terancam ular tu pun keluar entah kemna, tak dapat dikesan psl dah pnggil JPAM, JPAM pun xleh nk kesan ataupn tangkap ular tedung tu, dah cari keliling rumah tp sampai ke hr ini hanya mak N ayah yg nampak ular tu.... tp mak N ayah msih berhati" psl ular yg mak N ayah jmp jenis ular berbisa...
ReplyDeleteAssalamualaikum. Pada 11.08.14 umah saya telah dimaauki ular hitam yg ade tanda mata kat atas.saya tk tau ular ape tu. Dengan perasaan takot dan jgk pikirkan keselamatan anak2 saya amek kepit,saya kepit ular tu buang dalam longkang. Saya tk berani nak bunuh sbb dh takot sgt. Dan suami tkde kt umah mase tu. Saya harap tu yg pertama dan last masuk rumah. Semoga Allah lindungi saya,suami dan anak2 dari segala kejahatan.
ReplyDeleteOBAT PEMBESAR PENISVIMAX PILLS ASLI Call/Sms; 0856 0795 8895
ReplyDeletehttp://goo.gl/RJZV8o
Vimax Asli Ramuan herbal alami yang di khususkan untuk kaum pria dewasa, yang berfungsi meningkatkan stamina pria dan memperpanjang alat vital (peny) sesuai BESAR DAN PANJANG yang di dinginkan, secara cepat reaksinya dan hasil permanent.
Vimax pills Asli asli diformulasikan dari beberapa tumbuh-tumbuhan yang sangat herbal berasal dari seluruh dunia yang telah terbukti akan khasiatnya, anda akan yakin bahwa bahwa Vimax Canada akan dapat menambah ukuran panjang dan lebar penis dan kehidupan dalam sex anda.
Pembesar PenisVimax asli menggunakan beberapa jenis tumbuhan yang ditemukan dari Polinesia, dimana orang-orang dari suku Mangain berhubungan seksual rata-rata 3 kali setiap malam bahkan lebih, meski ini bukan apa yang anda inginkan, itu bagus untuk mengetahui kemampuan seksual anda yang dapat meningkatkan secara subtansial.
Sex Shop On Line
Call Center Hp : 0821 3495 8895
( SMS ) 24JAM : 0856 0795 4414
Pin BlackBerry: 25C7 157B
Agenobat.69.com/
OBAT PEMBESAR PENIS
Lintah Oil
Alat Pembesar Penis
Celana Vakoou
Obat Vimax Asli
Obat kencing manis
Obat Sex
alat bantu sex wanita terbaru
alat bantu sex wanita terlaris
ALAT BANTU SEX WANITA
VIBRATOR PENIS IKAT PINGGANG Call/sms; 0856 0795 4414
Anak ular hitam yg kecik tu agak selalu jugak la muncul.. X tahu mana dtgnya.. Apakah petanda? Sy bunuh then trus cmpk di belakang rumah.. Minggu ni da 2x.. Kdng2 dlm setahun 3 ke 4x dia munculkan diri..
ReplyDeleteHa samalah . tpi tahun ni dah dua kali ular masuk rumah dua dua anak ular . masa first tu ular sawa batik , yg second ular tedung . fuh mmg meremang bulu roma
DeleteHa samalah . tpi tahun ni dah dua kali ular masuk rumah dua dua anak ular . masa first tu ular sawa batik , yg second ular tedung . fuh mmg meremang bulu roma
DeleteAnak ular hitam yg kecik tu agak selalu jugak la muncul.. X tahu mana dtgnya.. Apakah petanda? Sy bunuh then trus cmpk di belakang rumah.. Minggu ni da 2x.. Kdng2 dlm setahun 3 ke 4x dia munculkan diri..
ReplyDeleteAnak ular hitam yg kecik tu agak selalu jugak la muncul.. X tahu mana dtgnya.. Apakah petanda? Sy bunuh then trus cmpk di belakang rumah.. Minggu ni da 2x.. Kdng2 dlm setahun 3 ke 4x dia munculkan diri..
ReplyDeleteYa Allah.. Tadi dalam jam 7.45 sewaktu nak kedapur terkejut sy tba2 ade bunyi bengkis2 mcm bunyi anak kucing kecik yg liar lau kt nk pegang. Kuat bunyinye.. Sy pndg ke bawah tong gas ada anak ular itam terus sy mjerit2 msuk bilik solat pggil suami. Suami yg da rokaat 3 tpksa terjaga tgk sy jerit2. Sy mmg geli dan penakut dgn ular. Sy xpernah jumpa ular idup. Fobia terus. Suami hnya halau ular tu dgn ckp " kalau kau jin baik keluar, kalau ular aku bunuh".. Pastu suami guide die keluar lalu pintu belakang.. Huhu seram sy tgk..
ReplyDeletenak biarkan ular tu stay 3 hari ke ? macam mane kalau ular tu pergi tempat tersorok ke macam bawah sofa , bawah meja then kena patuk . klau halau keluar xboleh ke ??
ReplyDeletenak biarkan ular tu stay 3 hari ke ? macam mane kalau ular tu pergi tempat tersorok ke macam bawah sofa , bawah meja then kena patuk . klau halau keluar xboleh ke ??
ReplyDeleteAssalamualaikum. Tadi ada MACAM anak ular. Kecik. Warna x berapa pasti. Mungkin hitam. Nak buang kat luar pakai penyodok dia lari laju msuk bwh katil pastu x tau mans pergi. Nak tanya.. anak ular mcm tu berbisa tak?
ReplyDeleteAssalamualaikum... 10hb baru2 ni seekor ular daun dalam tandas rumahku. Saya pun tidak tahu bila masa dia berada di situ. Saya ada menyuruh dia keluar tp tdk tahu berapa kali dan tdk bergerak pun. So saya bunuh ular tu lg2 dia berada dlm rumahmu.saya juga tidak tahu sama ada dia berbisa atau tidak. Badanya cokelat dan garis hijau di bahagian tepi perut. Saya nak tanya, apa sebenarnya PETANDA ULAR masuk RUMAH?
ReplyDeleteAssalamualaikum... 10hb baru2 ni seekor ular daun dalam tandas rumahku. Saya pun tidak tahu bila masa dia berada di situ. Saya ada menyuruh dia keluar tp tdk tahu berapa kali dan tdk bergerak pun. So saya bunuh ular tu lg2 dia berada dlm rumahmu.saya juga tidak tahu sama ada dia berbisa atau tidak. Badanya cokelat dan garis hijau di bahagian tepi perut. Saya nak tanya, apa sebenarnya PETANDA ULAR masuk RUMAH?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum... 10hb baru2 ni seekor ular daun dalam tandas rumahku. Saya pun tidak tahu bila masa dia berada di situ. Saya ada menyuruh dia keluar tp tdk tahu berapa kali dan tdk bergerak pun. So saya bunuh ular tu lg2 dia berada dlm rumahku.saya juga tidak tahu sama ada dia berbisa atau tidak. Badanya cokelat dan garis hijau di bahagian tepi perut. Saya nak tanya, apa sebenarnya PETANDA ULAR masuk RUMAH?
ReplyDeleteHari ini sudah 2 x rumah kemasukan ular..kebetulan lokasi blkg rumah pohon bambu dan kebun2 tetangga yg kurang terawat..sering sekali ular berkeliaran sekitar rumah..sring juga masuk rumah..adakah yang tau bgmn mengusir ular2itu dr sekitar rumah..
ReplyDeleteAyah saya baru je bunuh ular, adik saya jumpa dalam rumah, anak ular hitam tapi kepalanya besar waktu maghrib tadi. Ayah pulak tak warning, terus je bunuh. Adoi.. Risau pulak.
ReplyDeleteUlar termasuk hewan yang diperintahkan oleh Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk dibunuh, seperti dijelaskan dalam hadits-hadits berikut ini:
ReplyDeleteعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا سَالَمْنَاهُنَّ مُنْذُ حَارَبْنَاهُنَّ وَمَنْ تَرَكَ شَيْئًا مِنْهُنَّ خِيفَةً فَلَيْسَ مِنَّا
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , ia berkata, “Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah kami pernah berdamai dengannya (ular) sejak kami memusuhinya, maka barangsiapa yang membiarkannya lantaran rasa takut, maka ia tidak termasuk golongan kami. ” [HR. Abu Daud, Hasan Shahih: Al Misykah (4139)]
Sumber: https://almanhaj.or.id/4105-hukum-membunuh-ular.html
Xd bru jer jumpa ngn ular mcm ular sawa batik kecik jer beso jari kelingkir xp mse sye nmpk dia still kt tingkap pstu bila sye nk pnggil mak sye dia mcm terjatoh kt singki bersebelhn ngn tingkap x smpai bpe saat ular tu dh xder adakah itu ular atau pon ???
ReplyDeleteAdudu Tak tau ni de ular msuk rumah kena kill langsung. Tak tau klau harus di usir.. Di ampuni tak ye kesalahan yeke
ReplyDeletekalo saye dah muak betul tengok ular masuk rumah, hampir tiap tiap minggu ade aje ular, kalau ads dalam rumah saye tak bunuh, saye usir dengan tolal dia pakai penyapu biar keluar rumah, kalau diluar rumah saye empak dengan kayu sampai mati
ReplyDelete