Tidak dapat
dipastikan maksud sebenar gesaan Sahibul Samahah Mufti Perlis, yang menggesa Kerajaan
mengambil tindakan sewajarnya terhadap penggunaan hadis palsu di kalangan
pengguna siber.
Secara
tersuratnya, gesaan beliau itu difahami sebagai satu syor, agar Kerajaan mengambil
tindakan undang-undang, terhadap pihak yang terjerumus dalam gejala yang dikatakan semakin menular itu.
Jika inilah
maksud gesaan Sahibul Samahah itu, maka ia perlu diperhalusi semula.
Sebelum sebarang
tindakan undang-undang dikenakan ke atas individu yang menyebarkan hadis-hadis
palsu di internet, perlu diambil kira keadaan individu tersebut.
Jika terbukti hadis-hadis palsu itu disebar
oleh individu, atau pihak yang memang mengetahui kepalsuan hadis-hadis
tersebut, maka wajar tindakan undang-undang diambil.
Ini kerana, penyebaran
hadis yang diketahui palsu, yang dilakukan oleh mana-mana pihak, adalah
petunjuk kepada niat atau tujuan buruk pelakunya.
Namun, jika
penyebarnya adalah orang yang jahil tentang status hadis-hadis tersebut, adalah
tidak wajar tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka.
Orang-orang
yang jahil, memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar, bukannya hukuman.
Inilah yang ditunjukkan oleh para ulama hadis zaman silam.
Al-Hafiz al-Iraqi umpamanya, setelah mendapati kewujudan hadis-hadis palsu dalam karya agung Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali r.a, mengambil inisiatif menjelaskan status hadis-hadis yang disebut dalam karya agung itu.
Di zaman moden, langkah serupa diambil oleh Syaikh Albani rhm yang melakukan takhrij hadis ke atas hadis-hadis yang disebut di dalam kitab al-Halal Wa al-Haram karangan Syaikh al-Qaradhawi.

Sakhawi dan Sayuti Malaysia
Keperihatinan Sahibul Samahah terhadap gejala berbahaya ini, memang dialu-alukan.
Namun, adalah lebih wajar, jika gesaan ini secara asasnya, ditujukan kepada para ilmuan tempatan yang berkebolehan dalam bidang hadis, bukannya Kerajaan.
Namun, adalah lebih wajar, jika gesaan ini secara asasnya, ditujukan kepada para ilmuan tempatan yang berkebolehan dalam bidang hadis, bukannya Kerajaan.
Sewajarnya, Sahibul Samahah menggesa para ilmuan ini, agar bangkit membukukan hadis-hadis palsu yang sering
tersebar di internet, dan dijelaskan status kepalsuannya.
Dengan
tindakan ini, para pengguna siber ada rujukan sebelum menyebarkan mana-mana
hadis di alam maya.
Sebenarnya,
inilah yang dilakukan oleh para ulama silam terhadap hadis-hadis yang sering
meniti dibibir masyarakat, dan tersebar dalam komuniti.
Mereka bangkit
mengumpulkan hadis-hadis tersebut, dan menjelaskan statusnya, samada sahih, dhaif
atau pun maudhuk (palsu), bagi menjadi panduan kepada seluruh umat Islam.
Hasilnya, lahirlah al-Maqasid al-Hasanah karangan al-Hafiz al-Sakhawi, Kasyful Khafa’ karangan al-‘Ajluni, al-Durar al-Muntathirah karangan Imam Sayuti
dan lain-lain.
Kesemua karya ini menangani hadis-hadis yang masyhur di kalangan masyarakat semasa.
Manakala, bagi
menjelaskan hadis-hadis palsu pula, para ulama zaman silam mengarang sebagai contoh, al-Fawa’id
al-Majmu’ah (Imam Syawkani), al-Maudhu’at (al-Hafiz Ibn Jawzi), Alla Ali’
al-Masnu’ah (Imam Sayuti) dan lain-lain.
Sesungguhnya, penularan hadis-hadis palsu yang dibangkitkan oleh Sahibul Samahah ini, sedang
menunggu sentuhan al-Sakhawi, al-‘Ajluni, al-Sayuti versi Malaysia, bagi
memberikan titik noktah kepada gejala berbahaya ini.
Gejala ini
sebenarnya membuka ruang pengkaryaan, dan lebih dari itu, ruang penulisan tesis
di menara gading!
No comments:
Post a Comment