DIRIWAYATKAN bahawa Syaidina Ali radhiyALLAHu 'anhu wa karramALLAHu
wajhah, pernah ditanya orang, "apakah tentera Allah yang paling
hebat?".
Beliau menjawab, “aku melihat kepada besi, lantas
aku mendapatinya tentera Allah yang paling hebat.
Kemudian, aku menoleh kepada api, dan aku
mendapatinya mampu mencairkan besi. Justeru aku berkata, api adalah tentera
Allah yang paling hebat.
Kemudian, aku menoleh kepada air, dan aku
mendapatinya mampu memadamkan api. Lantas aku berkata, air adalah tentera Allah
yang paling hebat.
Kemudian aku melihat pula kepada awan, dan aku
mendapatinya mampu menampung air. Justeru aku berkata, awan adalah tentera
Allah yang paling hebat.
Kemudian aku melihat pula kepada angin, dan aku
mendapatinya berupaya menghalau awan. Lantas, aku berkata, angin adalah tentera
Allah yang paling hebat.
Kemudian, aku menoleh pula kepada bukit bukau, dan
aku mendapatinya mampu menahan angin. Lantas aku berkata, bukit bukau adalah
tentera Allah yang paling hebat.
Kemudian aku melihat pula kepada manusia, dan aku
mendapatinya mampu berdiri di atas bukit bukau, dan mampu memahatnya. Lantas
aku berkata, manusia adalah tentera Allah yang paling hebat.
Kemudian, aku melihat kepada sesuatu yang boleh
merebahkan manusia, lantas aku mendapati ia adalah rasa mengantuk. Justeru aku
berkata, mengantuk adalah tentera Allah yang paling hebat.
Kemudian, aku mendapati, bahawa yang mampu
menghalau rasa mengantuk, ialah kesedihan dan kerungsingan. Lantas aku berkata,
kesedihan dan kerungsingan adalah tentera Allah yang paling hebat.
Kemudian aku melihat lagi, lantas aku mendapati,
bahawa kesedihan dan kerungsingan, tempatnya adalah hati. Justeru, aku berkata,
hati adalah tentera Allah yang paling hebat.
Kemudian, aku mendapati, bahawa hati tidak akan
tenang melainkan dengan zikrullah, lantas aku berkata, tentera Allah yang
paling hebat ialah zikrullah!
ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ
ٱلْقُلُوبُ ﴿28﴾
Maksudnya : Iaitu orang yang beriman dan tenteram
hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang
tenteramlah hati manusia”(al-Ra'd : 28).
Segala puji dan syukur kepada Allah, yang
menempatkan dalam hati manusia, tenteraNya yang paling hebat...
Tentera yang memiliki kehebatan mengatasi kehebatan
lambang-lambang keperkasaan di alam semesta...
No comments:
Post a Comment