Parti kelolaan Ikhwanul Muslimin, Hizb al-Hurriyyah Wa al-‘Adalah
(FJP) sekarang ini sedang berpencak di gelanggang politik Mesir.
Nasib memihak parti itu apabila berjaya menewaskan parti-parti
lain, dengan meraih sebanyak 46% kerusi Dewan Rakyat.
Setelah berjaya menewaskan parti-parti tersebut, FJP nampaknya
masih belum ‘puas’. Ia kelihatan masih 'bernafsu'. Lantas, ia cuba ‘menewaskan’ pihak-pihak lain pula.
Namun, kali ini, pihak yang mahu ditewaskannya itu, adalah negara
luar yang langsung tiada kaitan dengan persaingan politik di Mesir.
Negara yang mahu ditewaskan oleh FJP ialah Malaysia dan Turki!
Ini dinyatakan sendiri oleh salah seorang pemimpin FJP, iaitu Dr.
Muhammad Jawdah.
Namun, FJP bukan mahu menewaskan Malaysia dan Turki dalam bidang
politik atau ketenteraan. Sebaliknya, mereka mahu menandingi kedua-dua negara
ini dari segi ekonomi.
Tewaskan Malaysia dalam masa 8 tahun
Dalam satu kenyataan, Dr. Muhammad Jawdah, anggota Lajnah Ekonomi
dan Setiausaha Pembangunan Minda FJP menyatakan, FJP mempunyai program ekonomi
yang bertujuan mencetuskan kebangkitan ekonomi di Mesir.
Dengan program ini, menurut beliau, ekonomi Mesir akan menjadi
lebih baik, mengatasi ekonomi Malaysia dan Turki sekarang ini dalam tempoh 7
atau 8 tahun akan datang. (Sumber : islamtoday)
Persoalannya, sejauh manakah Mesir yang diterajui FJP itu, mampu
membangunkan ekonominya sehingga mengatasi Malaysia dan Turki?
Jawapan kepada persoalan ini, sedikit sebanyak boleh ditinjau
daripada satu catatan Syaikh Muhammad al-Ghazali dalam bukunya, Kayfa Nafhamul
Islam.
Dalam buku yang dicetak pada tahun 80-an itu, al-Marhum
mencatatkan, setiap tahun, kira 400 rakyat Mesir memperolehi ijazah Phd dalam
pelbagai bidang.
Namun, perangkaan juga menunjukkan, setiap tahun, seramai
kira-kira 400 rakyat Mesir yang memiliki ijazah Phd, meninggalkan Mesir (pada
zaman pemerintahan Husni Mubarak) mencari pekerjaan di negara-negara lain!
Ya, aset-aset intelek ini-bergandingan dengan kepimpinan yang
bijak dan amanah- ada kekuatan menukar mimpi menjadi realiti!
No comments:
Post a Comment