‘Better the
devil you know than the angel you don’t’, yang dicatatkan Tun Mahathir,
pada mulanya langsung tidak menarik perhatian saya. Tidak juga melekat atau
singgah di dahan minda.
Tapi, setelah
membaca kenyataan seorang tokoh ulama terkenal, hati saya tergerak untuk
mencatat satu tulisan.
Sekadar
berkongsi pandangan.
Lagipun para
ulama ada menitipkan, الغلام في الإسلام يناقش شيخ
الإسلام (Kanak-kanak dalam Islam [boleh] mempersoalkan Syaikul
Islam!)
Faktor utama
yang mencubit-cubit perasaan saya untuk menulis, ialah kenyataan yang berbunyi,
“oleh itu, umat Islam tidak boleh mengambil pepatah Inggeris itu kerana ia
boleh merosakkan akidah”(Sinar Harian, 29 Ogos 2012).
Yang
dimaksudkan dengan ‘pepatah Inggeris itu’, ialah ‘better the devil you know
than the angel you don’t’ yang dicatatkan Tun Mahathir dalam blognya.
Pendetailan
Benar, jika ada
muslim yang beriktiqad, ada syaitan yang lebih baik daripada malaikat,
akidahnya boleh terjejas.
Tapi,
bagaimana jika pepatah itu diucapkan sebagai kiasan semata-mata? Iaitu, yang
dimaksudkan dengan ‘syaitan’ ialah manusia yang jahat, manakala ‘malaikat’
adalah manusia yang baik?
Adakah muslim
yang berpegang bahawa ‘berkawan dengan manusia jahat yang dikenali, lebih baik
daripada berkawan dengan manusia baik yang tidak dikenali’, akidahnya juga boleh
rosak?
Tentunya
tidak.
Tambahan pula,
boleh dikatakan semua orang Melayu memahami, catatan Tun Mahathir itu hanyalah
satu kiasan. Sebab semua umat Islam di negara ini, hatta kanak-kanak tadika,
tahu bahawa syaitan semuanya jahat. Manakala malaikat, semuanya baik.
Justeru, kita
tidak perlu pergi begitu jauh dalam memberi pandangan berhubung catatan Tun
Mahathir ini. Sehingga membuat penegasan bahawa tiada ayat dalam al-Quran yang
menyatakan malaikat lebih buruk berbanding syaitan.
‘Fatwa’ bahawa
umat Islam tidak boleh mengambil pepatah Inggeris yang dicatat oleh Tun
Mahathir itu, juga tidak perlu. Juga tidak perlu, ialah dakwaan bahawa catatan
Tun Mahathir itu seolah-olah satu pernyataan bahawa ada malaikat yang lebih
teruk daripada syaitan.
Semua ini
tidak perlu kerana yang dimaksudkan dengan ‘syaitan’ ialah BN seperti yang
diakui Tun Mahathir sendiri. Ironinya, yang dimaksudkan dengan ‘malaikat’
tentunya lawan BN, iaitu Pakatan Rakyat, bukannya malaikat yang diciptakan
Allah daripada nur.
Usah
rigid
Dalam
pengucapan harian orang-orang Melayu, terdapat beberapa ucapan yang jika
difahami secara literal, boleh membawa kepada kekufuran.
Ia seperti istilah
‘alam semulajadi’ yang merujuk kepada alam ciptaan Allah ini. Demikian juga
ucapan ‘biarlah masa yang menentukan’.
Namun, tiada
yang mengharamkan ungkapan-ungkapan ini. Ini kerana, semua orang Melayu faham, ucapan-ucapan
ini diucapkan tanpa iktiqad bahawa alam ini terjadi sendiri, atau masa berkuasa
menentukan sesuatu. Sebaliknya, ia hanyalah satu budaya dalam pengucapan.
Sama seperti seorang
wanita yang mendedahkan aurat yang berkata “masih belum sampai seru” apabila
diminta menutup aurat.
Ada pendakwah
yang tergesa-gesa menyifatkan kata-kata seperti itu sebagai haram. Ini kerana,
seruan menutup aurat telah dilaungkan oleh al-Quran dan Nabi saw sejak lebih
1400 tahun yang lampau.
Mendakwa
seruan menutup aurat masih belum diterima, adalah satu pembohongan. Justeru,
ucapan itu haram diucapkan. Demikian hujjah pendakwah tersebut.
Namun, jika
difahami maksud kata-kata itu, ternyata ia bermaksud ‘belum tercetus rasa mahu’
untuk menutup aurat, bukannya ‘belum sampai seruan atau perintah menutup aurat’.
Jika begitu,
dimanakah haramnya kata-kata itu?
‘Tidak rasa
mahu melakukan kewajipan’ tidak berdosa. Sebab, ia urusan hati. Yang berdosa
ialah menurut ‘rasa tidak mahu melakukan kewajipan’ itu.
Biarkanlanlah mahathir dengan kata2dan i'itiqadnya..mudahan2 dia mendapat petunjuk dan hidayat dari Allah SWT
ReplyDelete