Monday 31 October 2011

Kesedaran terhadap realiti dalam pemikiran Rasyid al-Ghanoushi


Rasyid al-Ghanushi

Dalam satu wawancara dengan majalahTimes, pemimpin parti  Nahdhah Tunisia yang beraliran Islam, Rasyid al-Ghanoushi menafikan beliau ada cita-cita untuk menjadi Presiden atau Perdana Menteri Tunisia.
Beliau yang kini berusia 70 tahun sebaliknya menjelaskan, hala beliau seterusnya ialah kerja-kerja kemasyarakatan dan pemikiran.
Beliau yang merupakan pemimpin parti Nahdhah yang kini sedang mara dalam pilihanraya di Tunisia dilaporkan berkata, “saya ingin menjauhkan diri daripada politik dan ingin memberi tumpuan kepada kerja-kerja kemasyarakatan dan pemikiran”.
Menerangkan sebab pendirian ini diambil, beliau menyatakan, “para pemudalah yang mencetuskan revolusi. Justeru kita mesti menyerahkan kepada mereka tempat untuk mereka melaksanakan tanggungjawab mereka.
Elit  politik di dunia Arab penuh dengan orang-orang yang berusia yang berambut putih. Kami mahu pemuda mengambil peluang mereka untuk sampai ke peringkat tertinggi. Dengan ini, wujudlah revolusi yang sebenar”. Sumber : http://www.aljazeera.net/NR/exeres/B0ED9B75-4BC1-45B7-8D54-4CCD81B1A36B.htm  

Realistik dalam berfikir adalah antara ciri-ciri organisasi yang berjaya. Pemikiran sebegini sangat penting terutamanya dalam sebuah negara yang memiliki kepelbagaian agama dan kerencaman budaya seperti Malaysia.
Kesedaran yang tinggi terhadap realiti Malaysia yang unik dan kompleks ini akan melahirkan satu gaya pemikiran yang tersendiri, bukannya pemikiran ala Timur Tengah atau ala Barat.

No comments:

Post a Comment