Syaikh Ali Jum'ah |
Kalau di zaman dahulu, mustahil ada yang percaya matahari yang terbenam, boleh muncul kembali beberapa minit kemudian.
Tapi, pada zaman sains dan teknologi yang canggih ini, banyak yang dahulunya mustahil, menjadi realiti.
Persoalannya, jika seseorang itu melihat dengan yakin matahari telah terbenam, lalu dia berbuka puasa. Tapi, sebaik sahaja dia berbuka, dia melihat matahari yang tadinya telah terbenam, muncul kembali.
Apakah sah puasanya itu? Atau dia wajib mengqadhanya?
Kejadian 'pelik' ini pernah dialami oleh seseorang. Beliau kemudiannya bertanya al-Allamah Syaikh Ali Jum'ah hafizahullah.
Orang tersebut menceritakan pengalamannya menaiki kapal terbang pada bulan Ramadhan. Setelah melihat matahari terbenam melalui tingkap kapal terbang, dia terus berbuka.
Selang beberapa minit dia berbuka, dia melihat matahari muncul kembali. Ini berlaku kerana pergerakan kapal terbang lebih laju daripada putaran bumi.
Kelajuan pergerakan membolehkan kapal terbang sampai dengan cepat ke kawasan yang masih belum terbenam matahari.
Menjawab persoalan itu, al-Allamah Syaikh Ali Jum'ah memfatwakan, puasanya sah kerana dia telah berbuka setelah terbenam matahari.
Adapun kemunculan semula matahari disebabkan kelajuan pergerakan pesawat, ia tidak memberi apa-apa kesan. (Rujuk : http://www.djazairess.com/elhiwar/34907
Semoga Allah memelihara dan memberikan kekuatan dan kesihatan kepada al-Allamah Ali Jum'ah...
No comments:
Post a Comment