Diajukan kepada seorang failasuf (ahli falsafah), “apakah yang
tuan inginkan?”.
Beliau menjawab, “saya inginkan kesihatan
sepanjang hari”.
Lantas dikatakan kepadanya, “bukankah tuan dalam
keadaan sihat setiap hari?”.
Beliau menjawab, “kesihatan ialah berlalunya suatu
hari tanpa dosa”.
Berkata seorang lagi failasuf, "ada empat perkara
yang cantik, tetapi ada empat perkara lagi yang lebih cantik; malunya seorang
lelaki, adalah cantik. Tapi, sifat malu dari seorang wanita, adalah lebih cantik...
Sifat
adil yang terbit daripada semua orang, adalah cantik, tapi sifat adil yang datang
dari hakim dan pemerintah, adalah lebih cantik...
Bertaubatnya seorang tua, adalah
cantik, tapi bertaubatnya seorang pemuda, adalah lebih cantik...
Dan, sifat pemurah dari
orang-orang kaya adalah cantik, tapi pemurahnya orang-orang fakir, adalah lebih cantik".
Seorang failasuf lain pula berkata, "andai engkau
meminta dari seorang yang berhati luhur, biarkan dia berfikir, kerana dia tidak
berfikir melainkan yang baik-baik.
Tapi, tatkala engkau meminta dari seorang
yang buruk pekerti, maka desaklah dia agar tabiatnya yang buruk tidak
menasihatkannya agar tidak memenuhi permintaan kamu".
Dikatakan kepada seorang lagi failasuf, "orang
yang kayakah lebih utama, atau ulama?".
Beliau menjawab, "ulamalah yang lebih
utama".
Lantas dikatakan kepadanya, "justeru, mengapa para ulama yang datang
mengetuk pintu orang-orang yang kaya, sedangkan kita tidak pula melihat
orang-orang kaya datang mengetuk pintu rumah para ulama?".
Lantas beliau menjawab, "kerana para ulama mengetahui kelebihan harta, sedang orang-orang kaya tidak mengetahui kelebihan ilmu".
Ditanya seorang failasuf, "siapakah yang paling
teruk keadaannya?".
Jawabnya, "sesiapa yang kuat nafsu syahwatnya, jauh
cita-citanya, pendek usianya dan sempit pandangan mata hatinya".
Beliau menjawab, "dengan memperbaiki dirinya sendiri".
No comments:
Post a Comment