Realitinya,
kita sekarang sedang berada dalam suasana perang.
Yang
dimaksudkan, bukanlah peperangan yang melibatkan penggunaan senjata. Tetapi, ‘peperangan
idea’, ‘Peperangan Ideologi’. Dimana, idea-idea yang pelbagai dilontarkan dari
semasa ke semasa, ke tengah-tengah masyarakat.
‘Perang Idea’ yang
sedang berlangsung ini sangat bahaya, kerana ia berlaku dalam keadaan
masyarakat yang diserang dengan pelbagai idea itu, tidak menyedari hakikat
bahawa mereka sebenarnya sedang diserang bertubi-tubi sepanjang masa.
Keberlangsungan
‘Perang Idea’ ini dinyatakan dengan jelas, antaranya oleh Cheryl Bernard dan
Angel Rabasa pada tahun 2007, dalam laporan mereka yang bertajuk ‘Building
Moderate Muslim Networks’.
Cheryl Bernard
mengatakan, bahawa perang sebenar yang sedang berlaku di dunia Islam hari ini,
bukanlah perang senjata, tetapi perang idea.
Menyedari hakikat
ini, beliau menyarankan pentadbiran Amerika Syarikat, supaya membentuk jaringan
dengan golongan Muslim liberal dan moderat, untuk mempengaruhi umat Islam
supaya menyokong agenda Barat.
‘Perang idea’
yangs sedang berlangsung ini perlu diberi perhatian dan dicermati kerana biasanya
idea-idea yang diutarakan-yang merupakan peluru dalam perang ini-dikemukakan
dalam bentuk yang tulus, murni dan indah.
Namun, disebalik
ketulusan dan kemurnian idea-idea itu, ada agenda lain yang ingin dicapai, yang
selari dengan kepentingan pihak-pihak tertentu.
Muhammad Khalafullah
Lihat saja
idea Hak Asasi Manusia.
Ia adalah idea
yang baik dan kita menyokong serta mempraktikkannya di negara ini.
Tetapi, idea
ini-seperti yang dikehendaki oleh sesetengah pihak di Barat-menuntut supaya
diberikan kebebasan mutlak kepada setiap individu, sehingga membolehkannya
mencabul segala norma dan nilai agama, akhlak serta budaya.
Kesemuanya di
atas nama Hak Asasi Manusia!
Mujurlah kita
menyedari hakikat ini, menyebabkan kita tidak menerima secara total idea Hak
Asasi Manusia yang dijuarai Barat ini.
Contoh lain
bagi satu idea yang zahirnya nampak tulus dan murni, ialah idea yang pernah dilontarkan
oleh Muhammad Khalafullah, seorang sasterawan Arab dan pakar dalam Bahasa Arab.
Beliau telah melontarkan
idea yang menyatakan (al-Quran Kitābun Adabiyyun al-Akbar) :
القُرْآنْ كِتَابٌ أَدَبِيٌ الأَكْبَرْ
Yang
bermaksud, “al-Quran adalah Kitab
Sastera Yang Terulung”.
Idea ini
sungguh memukau sesiapa sahaja yang beragama Islam, kerana ia menyanjung tinggi
kitab suci mereka, iaitu al-Quran. Namun, ramai yang tidak sedar racun yang
terkandung dalam idea ini.
Idea ini,
tanpa disedari oleh orang-orang yang mengkaguminya, telah meletakkan al-Quran
sebagai sebuah kitab Sastera. Jika demikian, maka al-Quran adalah sama seperti
kitab sastera yang lain. Justeru, ia boleh dipertikai dan boleh dikritik
seperti mana-mana karya sastera yang lain.
Inilah titik akhir yang menjadi tempat
idea Muhammad Khalafullah ini ‘mendarat’.
Inilah contoh
tentang bahayanya ‘Perang Idea’ ini.
No comments:
Post a Comment