Ada satu yang agak menarik dalam ucapan Dr. Isam al-Basyir, Setia Usaha Agong sebuah NGO Islam berkaitan dakwah dan kerja-kerja kemanusiaan.
Ucapan disampaikan dalam muktamar Kesatuan
Ulama Islam Sedunia yang berlangsung pada
Khamis, 28 Julai 2011.
Muktamar itu diadakan di Kaherah dengan kerjasama
al-Azhar.
Yang menarik dalam ucapan itu, ialah seruan yang ditujukan kepada
semua aliran Islam. Iaitu 'tidak keterlaluan dalam menjalankan aktiviti
politik, dan tidak meminggirkan kegiatan kemasyarakatan'.
Dalam ucapannya, Dr. Isam menegaskan akan keperluan
aliran-aliran Islam ini, tidak bercakap tentang politik secara berlebihan.
Aliran-aliran Islam ini juga,tegas beliau, tidak
boleh mengabaikan kerja-kerja kemasyarakatan dan pembinaan pemikiran.
Pada beliau, penumpuan yang berlebihan terhadap
kegiatan politik oleh pergerakan Islam, dan pengabaiannya terhadap kerja-kerja
kemasyarakatan, merupakan 'penggagalan sebenar terhadap usaha dakwah kepada
perlaksanaan Islam'.
(Sumber : onislam)
'Tenggelam' dalam politik
Soal penekanan berlebihan pergerakan Islam
terhadap politik, sebenarnya telah lama disentuh, sebagai contoh oleh
Qaradhawi.
Dalam bukunya, al-Sahwah al-Islamiyyah Baina
al-Amal Wa al-Mahazir, beliau melahirkan kebimbangan terhadap fenomena 'istighraq
fi al-siyasah' yang wujud dalam sesetengah pergerakan Islam.
Fenomena ini bermaksud 'tenggelam' atau 'lemas'
dalam kegiatan politik. Istilah ini bermaksud penekanan yang berlebihan
terhadap politik.
Gesaan dan ingatan agar menjauhi fenomena ini,
diberikan oleh tokoh-tokoh gerakan Islam dan para ulama, disebabkan aspek
politik hanyalah salah satu aspek dalam kegiatan mana-mana pergerakan Islam.
Kegiatan politik bukan segala-galanya dalam
mana-mana pergerakan Islam.
Disamping aspek politik, kegiatan kemasyarakatan
dan tarbiah kerohanian, merupakan aspek yang perlu diberi penekanan oleh setiap
pergerakan Islam.
Kegiatan kemasyarakatan menjadi semakin penting
dalam masyarakat yang berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup, seperti
masyarakat kita kini.
Sikap berterusan memberi penekanan terhadap
kegiatan politik, di saat masyarakat berhadapan dengan kerumitan hidup, hanya
akan membuatkan mereka 'bosan' dan ‘meluat’!
No comments:
Post a Comment