Dalam siri terbaru sokongan Syaikh al-Qaradhawi
terhadap perjuangan rakyat Syria membebaskan diri daripada cengkaman kuku besi diktator negara itu, Bashar al-Asad, pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu menggesa umat
Islam di seluruh dunia, agar membayar zakat kepada rakyat Syria.
Selain zakat, beliau juga menggesa agar wasiat
atau wakaf yang hendak dilakukan, disalurkan kepada rakyat Syria dengan
menamakan mereka dalam wasiat dan wakaf yang dilakukan.
Bagi umat Islam yang
mahu menyucikan diri daripada wang haram, seperti wang faedah (bunga), beliau juga menggesa mereka menyalurkan wang tersebut kepada rakyat Syria.
Bagi menjelaskan keutamaan wang zakat disalurkan
kepada rakyat Syria, Qaradhawi menjelaskan, para ‘pemberontak’ di Syria
kini mewakili pelbagai jenis asnaf zakat. Ini kerana, di kalangan mereka ada
orang yang fakir, miskin, pejuang Fi Sabilillah, orang berhutang dan
orang-orang dalam perjalanan.
Gesaan ini dibuat ketika beliau menyampaikan
khutbah Jumaat di Masjid Umar Ibn al-Khattab di Doha.
Dalam khutbah tersebut, beliau dipetik sebagai
berkata :
ادفعوا أموال الزكاة لهذا
الشعب لأنهم يستحقونها، كذلك أموال الوصايا والأوقاف والأموال التي بها شبهة من
فوائد البنوك وما شابهها، فأي مساعدة تُغطّي جزءاً من حاجتهم وتُعينهم على
صمودهم".
Terjemahan : Bayarlah
zakat harta kepada rakyat [Syria] ini kerana mereka berhak [menerima] nya. Begitu juga
harta-harta wasiat, wakaf dan harta-harta syubhat, seperti faedah bank dan
seumpamanya, justeru sebarang bantuan [dapat] memenuhi satu juzuk daripada
keperluan mereka dan membantu mereka terus teguh”.
No comments:
Post a Comment