Monday 6 July 2015

Mengapa Paksa Si Murtad Kekal Islam?

Berikut respons saya terhadap pertanyaan ikhlas seorang rakan non muslim berkenaan hukuman murtad dalam Islam.

Beliau bertanya, mengapa dipaksa seseorang itu kekal dalam agama yang dia sudah tidak percaya?

Jawapan kepada persoalan ini seperti berikut :

1. Bila dikaji hadis-hadis berkenaan hukuman murtad, didapati punca Nabi sallallahu 'alaihi wasallam memerangi golongan murtad, bukan kerana kemurtadan mereka.

Tapi, ia disebabkan faktor lain.

Iaitu, golongan yang murtad pada zaman Baginda, membentuk satu kumpulan yg mengancam umat dan negara Islam waktu itu.

Dalam erti kata lain, mereka bukan sekadar murtad. Tapi, membentuk kumpulan yang mengancam rakyat dan negara.

Dan, atas faktor 'ancaman' inilah mereka diperangi.

Ini kesimpulan kajian yang dibuat oleh ulama Islam semasa, Dr. Raysuni, kelahiran Maghribi.

2. Di zaman Saidina Umar r.a, terdapat kes murtad tanpa disertai pembentukan kumpulan yang mengancam negara.

Ertinya, murtad secara individu.

Oleh kerana tiada faktor 'ancaman' dalam kes murtad ini, Saidina Umar tidak menjatuhinya hukuman bunuh. Beliau hanya sekadar memenjarakannya sahaja.

Soal samada pemenjaraan orang yang murtad (yang tidak mengancam negara) bercanggah dengan kebebasan, itu tajuk lain. Boleh dibincang.

Provokasi

3. Orang Islam 'boleh' murtad secara senyap atau bersendirian. 

Dan, Islam tidak wajibkan pemerintah memeriksa apa yang ada dalam hati orang-orang Islam. Itu urusan individu terbabit dengan tuhan.

Dia 'bebas' untuk murtad selama mana kemurtadan itu berlaku antara dirinya dengan Tuhan.

Di sini, nampak jelas ada elamen kebebasan beragama.

Selesai.

Tapi, bila dia murtad secara terang-terangan, maka di sini Islam campur tangan. Iaitu, dengan memenjarakannya jika dia hanya sekadar murtad, tetapi tidak mengancam umat dan negara Islam.

Ertinya, Islam memandang, kemurtadan secara terang-terangan ini sebagai satu provokasi.

Atas faktor ianya satu provokasi, maka ia dianggap satu kesalahan, dan dikenakan hukuman.

Soal samada dipersetujui ianya satu provokasi atau tidak, ia soal lain.

Atas sebab itulah, orang yang murtad secara sendirian (senyap), tidak dikenakan apa-apa hukuman kerana tiada unsur provokasi di situ.

Dengan ini dimengertikan, menyamakan 'kebebasan memutuskan ikatan dengan Islam' dengan kebebasan 'memutuskan hubungan dengan pasangan hidup', adalah perbandingan yang tidak tepat.

Perbandingan ini bermaksud, jika seseorang itu bebas untuk memutuskan hubungan dengan pasangan yang sudah tidak sukainya, maka dia seharusnya diberi kebebasan 'memutuskan' hubungan dengan agama yang dia sudah tidak sukai dan yakini.

Memutuskan hubungan dengan pasangan hidup, tiada unsur provokasi. Ini berbeza dengan memutuskan hubungan dengan Islam. Padanya ada unsur provokasi ke atas umat Islam yang lain. 

Wallahu a'lam.

2 comments:

  1. Selamat malam dan salam sejahtera.Bagaimana mungkin suatu Agama itu berhak menghukum seseorang yg tidak lagi percaya? Agama Islam mengajarkan ajaran yg "memeningkan kepala."

    ReplyDelete
  2. Selamat malam dan salam sejahtera.Bagaimana mungkin suatu Agama itu berhak menghukum seseorang yg tidak lagi percaya? Agama Islam mengajarkan ajaran yg "memeningkan kepala."

    ReplyDelete