Thursday 2 June 2011

[Santai Ilmi] Orang was-was macam orang gila & mengadap ke arah baju lebih afdhal!

1. Orang was-was macam orang gila! (Kaedah 'ajar' orang was-was)
Dalam Kitab Ighathah al-Lahafan (hlm.111), Imam Ibnu Qayyim menceritakan kisah Abu al-Wafa’ Ibn Aqil (ulama Mazhab Hambali) dengan seorang lelaki yang was-was.
"Tuan syeikh, saya menyelam dalam air berkali-kali [untuk mengangkat hadas besar], kemudian saya merasa was-was, samada mandi junub saya itu sah atau tidak. Apa pandangan Tuan Syeikh?", tanya lelaki itu kepada Syeikh Ibn Aqil.
"Pergi, [tidak perlulah engkau mandi hadas untuk menunaikan solat] kerana kewajipan solat telah gugur daripada kamu!", bentak Syeikh Ibnu Aqil.
Lelaki itu kebingungan.
"Mengapa pula saya tidak wajib solat?", bantah lelaki itu.
Syeikh Ibnu Aqil menjawab, "kerana Nabi s.a.w telah bersabda, "diangkat qalam [yang menulis dosa dan pahala] daripada tiga jenis manusia; orang yang gila sehingga dia waras, orang yang tidur sehingga dia terjaga dan kanak-kanak sehingga dia baligh".
Sambung Syeikh Ibnu Aqil lagi, "sesiapa yang menyelam dalam air berulang kali, kemudian masih ragu-ragu, adakah air meratai tubuhnya atau tidak, adalah orang gila!".
Nah, ambik sebiji!. Was-was lah lagi!
2. Mengadap kiblat ketika mandi wajib tidak afdhal!
Seorang lelaki bertanya Imam Abu Hanifah r.a, "jika saya menanggalkan pakaian, lalu terjun ke sungai untuk mandi mengangkat hadas, ke arah manakah yang afdhal bagi saya mengadap? Apakah ke arah kiblat?".
Jawab Imam Abu Hanifah, "lebih afdhal bagi kamu mengadap ke arah pakaian kamu supaya ia tidak dicuri!".

No comments:

Post a Comment