Sunday 6 September 2015

Semakan Semula Fatwa 'Haram Makan Buah Sembahan Di Tokong'


Seorang rakan bertanya tentang 'makanan sembahan'. Iaitu, makanan yang dipersembahkan bukan Islam kepada berhala atau tokong. Bolehkah orang Islam memakannya?

Beliau turut menyertakan 'fatwa'' sesetengah ustaz yang mengharamkan ia dimakan.

Satu-satunya hujah ustaz berkenaan ialah, makanan sembahan itu adalah syirik, atau dimasuki unsur-unsur syirik. Dari itu, ia haram dimakan.

Logik akal

Hujah ini agak 'pelik'. 

Ini kerana, unsur syirik hanya boleh masuk ke dalam perbuatan manusia (seperti memakai tangkal) atau iktiqadnya (seperti kepercayaan kepada kuasa ghaib). 

Kesyirikan tidak boleh masuk ke dalam makanan!

Makanan tidak punyai 'kemampuan berbuat' dan tiada 'kemampuan beriktiqad'!

Baiklah, sekarang kita andaikan pula kesyirikan boleh meresap ke dalam makanan.

Makanan sembahan, tidak dipuja atau disembah. Ia hanya sekadar dipersembahkan (diberikan) kepada berhala.

Semata-mata makanan itu diberikan kepada berhala-tanpa ia (makanan) disembah atau dipuja-maka, unsur-unsur syirik meresap ke dalamnya (makanan)?

Ini tidak logik!

Hatta, jika makanan itu disembah dan dipuja sekali pun (seperti diperbuat berhala daripada makanan), kesyirikan tetap tidak meresap ke dalamnya!

Sama seperti Nabi Isa a.s yang dianggap tuhan, dan disembah serta dipuja penganut Kristian. Kesyirikan tidak sekali-kali telah menyelinap ke dalam jasad Baginda disebabkan itu!

Ringkasnya, makanan yang disembahkan kepada berhala, 'difatwakan' haram dimakan. Ini kerana, ia dikatakan telah diresapi unsur-unsur syirik.

Namun, logik akal telah memutuskan bahawa kesyirikan tidak boleh meresap ke dalam makanan sembahan.

Dari itu, makanan sembahan tidak haram. Ia halal dimakan!

Fakta 

Jawapan secara berfaktanya begini...

Berhala yang diperbuat daripada bahan yang bernilai (seperti emas dan perak), bila dipecahkan, ia akan menjadi serpihan atau kepingan.

Ulama mazhab Syafie bersepakat yang serpihan berhala ini, sah dijual beli oleh orang Islam (tetapi, menjual berhala dalam bentuknya yang asal-tanpa dipecahkan terlebih dahulu-tidak sah di sisi jumhur ulama mazhab Syafie)

Bila dikatakan ia sah dijual beli, bermakna ia boleh dimanfaatkan.

Jika serpihan berhala-yang asalnya adalah sembahan bukan Islam-boleh dijual beli, dan seterusnya dimanfaatkan, maka lebih utama makanan yang hanya sekadar berikan kepada berhala (tidak disembah), boleh dijual beli dan dimanfaatkan (dengan memakannya).

Jelas sekali, di sisi seluruh ulama mazhab Syafie, tidak berbangkit sama sekali isu 'penyerapan unsur-unsur syirik' ke dalam berhala sembahan bukan Islam. 

Apatah lagi ke dalam makanan yang sekadar dipersembahkan kepada berhala!

Buktinya, mereka mengharuskan serpihan berhala itu dijual beli.

Bukti ulama mazhab Syafie bersepakat mengharuskan jual beli serpihan berhala (yang diperbuat daripada bahan-bahan bernilai), ialah mafhum mukhalafah (pengertian keterbalikan) kepada satu pandangan jumhur ulama mazhab Syafie.

Pandangan tersebut ialah, tidak sah jual beli berhala (dalam bentuknya yang asal tanpa dipecahkan terlebih dahulu), sekalipun ia diperbuat daripada bahan-bahan bernilai, yang jika ia dipecahkan, serpihannya boleh dijual dan dimanfaatkan. 

Imam Nawawi radhiyAllahu 'anhu berkata dalam karyanya, al-Majmuk : 

وإن كان رُضاضها يعد مالا، ففى صحة بيعها وبيع الاصنام والصور المتخذة من الذهب والفضة وغيرها ثلاثة اوجه (أصحها) البطلان وبه قطع كثيرون...قال الرافعي "والمذهب البطلان مطلقا" قال "وبه قطع عامة الاصحاب".

Terjemahan : "Jika serpihannya (alat muzik yang diharamkan) dianggap harta [yang bernilai], maka dalam [soal] kesahan menjualnya (menjual alat muzik dalam bentuknya yang asal) dan menjual berhala serta patung yang diperbuat daripada emas, perak dan selainnya, [terdapat] tiga pandangan. 

[Pendapat] yang paling sahih [ialah] batal [jual beli tersebut], dan ini diputuskan oleh ramai [fuqaha']...


Berkata al-Rafi'ie, "mazhab [Syafie dalam soal ini ialah] batal [jual beli] secara mutlak. 


Beliau berkata, "ini diputuskan oleh keseluruhan rakan-rakan [ulama bermazhab Syafie]".

Mengapa berhala tidak sah dijual beli, sedangkan ia boleh dipecahkan, kemudian serpihannya itu boleh dijual dan dimanfaatkan?

Hujah jumhur ulama mazhab Syafie ialah, jual beli berhala tidak dilakukan melainkan dengan tujuan maksiat (penyembahan, pemujaan dan perhiasan). 

Maknanya, mereka tidak menerima adanya tujuan lain berhala itu dijual beli selain daripada untuk disembah, dipuja atau dijadikan perhiasan.

Ini dinyatakan Syaikh Khatib al-Syarbini dalam karyanya, Mughni al-Muhtaj :
(وَ) لَا بَيْعُ (آلَةِ اللَّهْوِ) لِلْحُرْمَة...وَكَذَا الْأَصْنَامُ وَالصُّوَرُ وَإِنْ اُتُّخِذَتْ الْمَذْكُورَاتُ مِنْ نَقْدٍ إذْ لَا نَفْعَ بِهَا شَرْعًا (وَقِيلَ يَصِحُّ) الْبَيْعُ (فِي الْآلَةِ) أَيْ وَمَا ذُكِرَ مَعَهَا (إنْ عُدَّ رُضَاضُهَا)...(مَالًا)...وَرُدَّ بِأَنَّهَا عَلَى هَيْئَتِهَا لَا يُقْصَدُ مِنْهَا غَيْرُ الْمَعْصِيَةِ.

Terjemahan : "Dan, tiada (tidak sah) jual [beli] alat hiburan (yang diharamkan) disebabkan keharaman[nya]...

Begitu juga [tidak sah jual beli] berhala dan patung, meskipun apa yang disebut [tadi-alat muzik, berhala dan patung] diperbuat daripada mata wang [emas atau perak] kerana tiada manfaat padanya dari segi syarak.

Dikatakan, sah jual [beli] alat [muzik] dan apa yang disebut bersamanya (berhala dan patung) jika serpihannya dianggap harta [yang bernilai].

[Pendapat ini] ditolak dengan [dikatakan] bahawa ia (alat muzik, berhala dan patung) dalam keadaannya [yang asal] tidak dimaksudkan dengannya melainkan maksiat".

Point yang mahu dilambung di sini ialah, jumhur ulama mazhab Syafie memfatwakan, tidak sah jual beli berhala (dalam bentuknya yang asal), sekali pun serpihannya boleh dijual beli dan dimanfaatkan.

Mafhum mukhalafah

Mafhum mukhalafahnya ialah, sah-di sisi jumhur ulama mazhab Syafie-dijual beli serpihan berhala. 

Ini kerana, yang diputuskan tidak sah, ialah jual beli berhala itu sendiri (yakni dalam bentuknya yang asal, tanpa dipecahkan terlebih dahulu).

Tambahan pula, unsur 'qasad maksiat'-yang menjadi sebab jual beli berhala tidak sah-tiada dalam jual beli serpihan berhala. 

Ini kerana, serpihan berhala sudah tidak boleh disembah, dipuja atau dijadikan perhiasan.

Oleh itu, tiada sebarang sebab lagi untuk diharamkan jual beli serpihan berhala.

Malah, sesetengah ulama mazhab Syafie dengan jelas menyatakan, bila alat muzik, berhala, patung dan seumpamanya dirungkaikan strukturnya-sehingga tidak boleh dikembalikan ke bentuk asalnya-ia sah dijual beli.

Ini dinyatakan oleh Syaikh Ramli dalam karyanya Tuhfatul Muhtaj.

Keharusan jual beli berhala!

Menyalahi pandangan jumhur di atas ialah Qadhi Husain, al-Mutawalli, Imam al-Haramain dan Imam al-Ghazali. 

Mereka berpendapat, sah jual beli berhala (dalam bentuknya yang asal tanpa dipecahkan terlebih dahulu) jika ia diperbuat daripada bahan-bahan yang berharga. Ini dinyatakan Imam Nawawi dalam al-Majmuk.

Sependapat dengan minoriti ulama mazhab Syafie ini ialah Imam Abu Hanifah r.a. Beliau turut mengharuskan jual beli berhala seperti yang dinyatakan dalam kitab al-Mabsut, karangan Imam al-Sarkhasiy.

Jika segelintir ulama mazhab Syafie ini mengharuskan jual beli berhala itu sendiri, maka sudah pastilah mereka mengharuskan jual beli serpihan berhala.

Dengan ini, boleh dirumuskan bahawa ulama mazhab Syafie bersepakat dalam mengharuskan jual beli serpihan atau kepingan berhala.

Jika demikian, lebih utama makanan sembahan-yang hanya sekadar diberikan kepada berhala (bukannya disembah)-disepakati mereka akan keharusan ia dijual beli dan dimanfaatkan (dimakan).

Persoalan

Di sini timbul persoalan, bila ada yang mendakwa, "kata ulama, kalau benda tu (makanan), benda yang telah digunakan untuk memuja, haram [di] makan...kerana kandungan, keadaan benda itu adalah dipengaruhi oleh benda-benda syirik, seperti syaitan dan seumpamanya".

Persoalannya, siapakah ulama itu?

4 comments:

  1. Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.

    ReplyDelete
  2. SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259

    ReplyDelete
  3. Penerangan yang pening.....yg nk taw nye penerangan buah itu bukan patung berhala nya.....

    ReplyDelete
  4. "halal" dari segi logik akal kepala otak kau!
    dari segi kesucian, halal toyyiban makanan tu kau nak cari dkt mana?!
    itu belum soal keberkahan makanan yg kau nk masukkan dlm perut kau dan jadi darah daging bagi kau dan keturunan kau !
    sbb tu ramai golongan2 melayu islam zaman skrng hatinya hitam!
    mengaku salafi, makanan tok pekong habis dibedalnya!

    ReplyDelete