Tertangkap dek
telinga ujaran seorang juri rancangan 'realiti agama' tempatan...
Katanya, mati di
mana-mana sekali pun, sama sahaja. Tiada sebarang kelebihan...
Berikut adalah
hadis berhubung kelebihan mati di Madinah dan Mekah.
1. Kelebihan mati
di Madinah
Sabda Nabi
Sallallahu 'alaihi wasallam :
من استطاع منكم
أن يموتَ بالمدينةِ فلْيَمُتْ ؛ فإنه من مات بالمدينةِ شَفعْتُ له يومَ القيامةِ
Terjemahan :
"Sesiapa yg 'mampu' untuk mati di Madinah, maka [berusahalah untuk] mati
[di situ]. Sesungguhnya, sesiapa yang mati di Madinah, aku akan memberi syafaat
kepadanya pada hari kiamat".
Penilaian hadis :
i.
Ibn Hajar al-Haitami dalam al-Zawajir :
Sahih atau hasan
ii.
Albani dalam Sahih al-Targhib : Sahih
iii.
Al-Hafiz Ibn Abd al-Hadi dalam al-Sorim
al-Munkiy : Sahih
iv.
Syaikh Ahmad Syakir : Sahih Li Ghairih.
Hadis di atas
dikuatkan lagi oleh satu hadis riwayat Imam Muslim.
Sabda Nabi
sallallahu 'alaihi wasallam :
من
صبر على لأوائِها وشدتِها ، كنت له شهيدًا أو شفيعًا يومَ القيامةِ . يعني المدينةَ
Terjemahan :
"Sesiapa yang bersabar [dalam menghadapi] kesempitan hidup dan kemarau
[di Madinah], aku akan menjadi saksi atau memberi syafaat kepadanya pada hari
kiamat".
NOTA : Terjemahan
berpandukan huraian Syaikh al-Tabrizi dlm Misykatul Masabih.
2. Kelebihan mati
di Mekah :
Diriwayatkan dari
Nabi sallallahu 'alaihi wasallam :
من
ماتَ في أحدِ الحرَمينِ بُعِثَ آمنًا يومَ القيامةِ
Terjemahan :
"Sesiapa yang mati di salah satu [tanah] Haram (Mekah atau Madinah),
akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan aman".
Penilaian hadis :
i.
Ramai muhaddith menilainya dhaif, dan ada juga
yang menilainya tiada asas atau palsu.
ii.
Al-Hafiz Nuruddin al-Haithami dlm Majma'
al-Zawa'id : Isnadnya hasan
iii.
Imam Sayuti dlm al-La Ali' al-Masnu'ah :
Hasan disebabkan syawahidnya yg banyak.
Wallahu a'lam.
Kenalkan nama saya Pak ,Beny Sutomo betul-betul mengakui bahwa ramalan AKI SAIF bener-bener top dan di jamin “JITU” 100% tembus adapun ramalan ini di dapat melalui “RITUAL KHUSUS” jadi anda jangan ragu-ragu lagi untuk mengikuti ritual AKI SAIF karena nomor ritual AKI SAIF meman selalu tepat dan terbukti, jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan HUBUNGI/SMS di ((( 081355048468))) dan cukup bergabung dengan AKI SAIF untuk menyelesaikan syaratnya anda sudah bisa mendapatkan angka 2D 3D 4D yang bisa merubah nasib anda sekeluarga karna saya sudah membuktikanya 3X putaran bener-bener langsung tembus dan kini sekarang giliran anda Semua untuk membuktikan Trima Kasih.
ReplyDelete