Sunday 9 February 2014

Bila Siti Jarum mula berleter tentang ustaz!



'Siti Jarum' adalah salah seorang kolumnis Mingguan Malaysia (MM).

Tulisan beliau hari ini (9 Feb. 2014) menarik apabila ia berlegar sekitar 'ustaz'! 

Tulisan beliau mustahak diamati dan dihayati khususnya oleh golongan ustaz.

Berikut tulisan beliau yang saya ringkaskan tanpa mengubah makna dan maksud asal.

Baca, amati, hayati dan fikirlah sedalam-dalamnya...

"Sepanjang ‘percutian’ Siti, banyak juga perkara yang Siti lihat dan buat analisis. Salah satunya tentang fenomena 'ustaz selebriti'...

Sekarang, sudah banyak mak bapa mahu anak jadi ustaz. Itu sudah bagus. Tapi, yang tak berapa bagusnya, mereka mahu anak jadi 'ustaz selebriti'.

Undangan ceramah @ lawak jenaka mengalahkan artis. Kalau Siti kata Siti bimbang dengan fenomena ini, tentu banyak yang marah, tapi lu fikirlah sendiri.

(Perhatikan : "undangan ceramah @  lawak jenaka!)

Siti kecewa dengan tindakan seorang ustaz yang mengecam, mengutuk dan memperlekeh ustaz lain.

Ustaz ini memang suka serang ustaz-ustaz lain, apa lagi dia mempunyai kedudukan penting dalam jabatan kerajaan. Berapi-api serangannya.

Lebih kurang beginilah bunyinya.

"“Ustaz ******* ni siapa? Buat B.A di Jordan ni bahasa Arab dan sastera saja. Tapi balik buat M.A buat PhD, lepas tu nak bercakap tentang ilmu-ilmu agama.

Belajar bahasa Arab, sastera, mengajar tatabahasa Arab bolehlah. Tapi tak pandai-pandai juga. Ni agama jadi menyeleweng ni. Bukan ahli, bukan pakar pun, bukan reti pun.

Kalau kita belajar bahasa Arab sastera, kita buat master, master satu buku saja, saya sudah tulis lebih 20 buku, berapa master saya dapat. Buat PhD satu buku kecil saja. Basic ilmu syariah, ilmu akidah tak ada, sebab itu cakap merapu".

Siti kenal ustaz yang menjadi mangsa serangannya.

Tapi, ustaz ini sedikit pun tak balas balik, walaupun selalu dapat peluang berforum dan berdialog di televisyen.

Beliau sentiasa merendah diri dengan semua orang.

Bercakap dengan ustaz ini, terasa sejuk dan aman. Beliau, Siti istilahkan 'berwajah syurga'. Siti pun tertanya-tanya, apakah yang membuatkan ada pihak sanggup menghina dengan begitu rupa.

Tapi di mata Siti, yang hina adalah orang yang bongkak dan sombong.

Siti fikir, ustaz yang berlagak gangster ini, tak sesuai diberi peluang tampil di depan khalayak seperti di televisyen. 

Bukan untuk menutup periuk nasi dia, tapi bimbang memberikan persepsi yang salah kepada masyarakat, sama ada dalam kalangan orang Islam dan bukan Islam.

Siti realistik, spesies begini hanya satu dua orang sahaja. Tapi, seperti kata orang tua-tua, sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Seekor kerbau bawa lumpur, semua yang lain terpalit juga.

Siti tidak mahu nanti ada pihak melabelkan itulah perangai seorang ustaz, padahal itu bertentangan sama sekali dengan yang sewajarnya.

SITI JARUM: Bukan ustazah.

Allahumma... 

No comments:

Post a Comment