Ada yg
meningkah, 'wahabi' marahkan perbuatan memuliakan Nabi sallallahu alaihi
wasallam. Buktinya, mrk menegah sungguh amalan men'saidina'kan Baginda.
Mujurlah
saya pernah sempat bersimpuh di teratak 'wahabi', lalu berkesempatan mengenali
yg dikatakan 'wahabi' itu melalui karya2 mrk sendiri.
Emmm...mengenali
mrk melalui mrk sendiri. Bkn melalui org lain, atau musuh mrk.
Lantas,
saya mengutarakan, mrk bukan menegah perbuatan memuliakan Rasul. Tp, cara mrk
memuliakan Rasul itu, berbeza dgn cara kalian.
Kalau
kalian memuliakan Rasul dgn men'saidina'kannya, mrk pula dgn cara tdk
men'saidina'kannya.
Pd
mrk, tdk men'saidina'kan Rasul, adalah sunnah. Dan, sudah brg pasti, 'mengikut
sunnah' adalah terjemahan kpd pemuliaan ke atas Baginda Rasul.
Emmmm...mrk
dan kalian sebetulnya bersepakat dlm soal kewajipan memuliakan Rasul.
Cuma,
caranya berbeza.
(ii)
Kemudian,
suara nyaring mengkritik kumpulan sufi pula dtg menggigit telinga.
"Mrk
membenihkan keta'assuban kpd guru apabila menatahkan kata, "sesiapa yg
berkata kpd gurunya 'mengapa' (mempersoalkan guru), maka dia tdk akan berjaya
selama2nya'.
Lalu,
saya bersimpuh pula di serambi tasawwuf, dan cuba memahaminya melalui karya2
mrk sendiri.
Emmm...mengenali
dan memahami mrk melalui mrk sendiri. Bkn melalui org lain, atau musuh mrk!
Rupa2nya,
mrk membahagikan sang guru kpd dua kelompok...
Satunya,
dinamakan 'syaikhul ta'lim' (guru yg mengendali pembelajaran), dan satu lagi,
digelar 'syaikhul tarbiyah' (guru pengendali pentarbiyahan jiwa).
Tutur
mrk, mana mungkin perawatan seorang pesakit boleh berjaya, andai si pesakit tdk
yakin dan ragu2 dgn kemampuan doktor, lantas mendorongnya byk mempersoalkan
arahan2 doktor?
Nah,
demikianlah juga seorg 'pesakit rohani' yg ragu2 dgn 'syaikhul tarbiyah'nya,
serta byk pula mempersoalkan suruhan dan saranannya? Manakan berjaya meraih
kesembuhan?
Oh,
rupa2nya, yg dimaksudkan dgn kata2 sufi yg masyhur itu, ialah si murid yg
menuturkan 'mengapa' kpd syaikhul tarbiyah, bukannya syaikhul ta'lim.
(iii)
Sewaktu
singgah di teratak 'wahabi' itu, berkumandang pula suara al-Allamah Ben Baz rhm
mengkritik kata2 hikmat Imam Atha'illah al-Sakandari qaddasallahu sirrah.
Imam
sufi itu menitipkan dlm kalam hikmahnya, "perilaku kamu berdoa kpdNya,
bermakna kamu mentohmahNya".
Kata2
ini memahamkan bhw imam sufi ini menyarankan agar dikesampingkan amalan berdoa.
Sekali
lagi, saya menyeberang ke tepian tasawwuf, lalu ketemu butir2 kata Syaikh Sa'id
Hawwa rhm.
Ungkap
beliau, Imam Atha'illah bkn menyuruh kita berhenti berdoa.
Beliau
menyuruh kita berdoa. Tp, meminta kita menyedari bhw Allah mengetahui segala
keadaan kita ketika kita menadah tangan kpdNya.
Jadinya, 'berdoa' bukanlah bg
memberitahu keadaan kita kpd Allah, tetapi bg menzahirkan ubudiyyah kpdNya.
Subhanallah,
kata2 yg sgt indah, dan terpancar daripadanya kejernihan tauhid...
Oh,
berapa ramai yg tika berdoa kpd Allah-tanpa sedar-sprt beranggapan Allah tdk
mengetahui keadaannnya, dan oleh itu, doanya itu adalah bagi memberitahu kpdNya
akan halnya itu...
Orang yang begini keadaannya ketika berdoa, tidak ragu-ragu lagi telah membuat 'tohmahan' kepada Yang Maha Mengetahui segala.
Orang yang begini keadaannya ketika berdoa, tidak ragu-ragu lagi telah membuat 'tohmahan' kepada Yang Maha Mengetahui segala.
(iv)
Oh,
berkenalan dgn semua aliran faham, dan bersimpuh di semua teratak ilmu,
memberikan pengalaman berbeza, dan menguak luas jendela minda.
Di
sini, tiada latahan yg meriuhkan, juga tanpa lentingan yg membingitkan.
Pentarjihan
yg diusahakan dan kritikan yg berjalan, kesemua berlangsung dgn mesra dan
harmoni.
Di
sinilah WASATIYYAH datang bersimpuh dan bertamu penuh mesra!
(v)
Oh ya,
andai ada hasrat di hati berkenalan dgn 'qasidah' dan 'ya madad'nya, silalah
'ziarahi' Imam al-Mujtahid Taqiyyuddin al-Subki lewat karyanya شفاء السقام في زيارة خير الأنام dan Imam Ibnu Hajar al-Haythami melalui
tulisannya الجوهر
المنظم في زيارة القبر المكرم
Wallahu
a'lam.
No comments:
Post a Comment