Sahibus Samahah Mufti Perak |
Dalam nada sama, Bernama melaporkan, "Mufti
Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam di negara
ini, bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain
menggunakan 'kalimah Allah'. Beliau menjelaskan, jika umat Islam membenarkan
'kalimah Allah' digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan
tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah".
Mahallul Ittifaq
Sebelum pergi lebih jauh, dibentangkan di sini
'titik persepakatan' (Mahallul Ittifaq) berhubung 'fatwa' terbaru Sahibul
Samahah Mufti Perak itu.
Redha atau bersetuju dengan perbuatan
mempersekutukan Allah, memang akan menyebabkan seseorang itu murtad. Dalilnya
ialah firman Allah yang berbunyi (An-Nisa' :140):
Maksudnya :Dan sesungguhnya Allah telah pun
menurunkan kepada kamu di dalam Kitab (Al-Qur'an), iaitu apabila kamu mendengar
ayat-ayat keterangan Allah diingkari, dan diejek-ejek (oleh orang-orang kafir),
maka janganlah kamu duduk dengan mereka, sehingga mereka masuk kepada
memperkatakan soal yang lain; (kalau kamu terus duduk bersama mereka)
sesungguhnya tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan
menghimpunkan orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam
semuanya.
Ketika mentafsirkan ayat ini, Imam al-Qurtubi
rahimahullah menyatakan, "sesiapa yang tidak menjauhi mereka (orang-orang
kafir yang membantah dan mempersenda ayat-ayat Allah), maka sesungguhnya
[bermakna] dia telah redha dengan perbuatan mereka [membantah dan mempersenda
ayat-ayat Allah]. Dan, redha dengan kekufuran, [menyebabkan] kekufuran".
Yang dimaksudkan dengan 'menjauhi orang-orang kafir yang membantah dan mengejek ayat-ayat Allah' di sini, ialah meninggalkan majlis dimana mereka melakukan perbuatan tersebut, bukannya menjauhi mereka sepanjang masa.
Yang dimaksudkan dengan 'menjauhi orang-orang kafir yang membantah dan mengejek ayat-ayat Allah' di sini, ialah meninggalkan majlis dimana mereka melakukan perbuatan tersebut, bukannya menjauhi mereka sepanjang masa.
Ini perkara yang disepakati berhubung 'fatwa'
Sahibul Samahah Mufti Perak, iaitu redha atau bersetuju dengan perbuatan
menyekutukan Allah, akan menyebabkan seseorang itu kafir atau murtad.
Persoalan
Persoalan
Persoalannya sekarang, adakah tindakan sesetengah
umat Islam membenarkan orang-orang Kristian menggunakan kalimah Allah dalam
bentuk mempersekutukanNya (Allah tiga dalam satu. Maha Suci Allah!), bermakna
mereka (umat Islam) bersetuju dengan tindakan orang-orang Kristian itu
mempersekutukan Allah?
Jika dilihat kepada nas-nas al-Quran, amalan Nabi
s.a.w dan pandangan para ulama muktabar, secara prinsipnya, orang-orang bukan
Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah, biarpun dengan makna yang tidak
menepati kehendak sebenar kalimah suci itu.
Sebagai contoh, dalam surah Az-Zumar ayat 3, Allah
merakamkan ucapan orang-orang kafir musyrik, iaitu :
Maksudnya, “dan orang-orang kafir yang mengambil selainNya menjadi pelindung dan penolong, mereka berkata, "kami tidak menyembah atau memujanya (sembahan selain Allah) melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada ALLAH sedamping-dampingnya”.
Adalah jelas mereka menggunakan kalimah Allah, dan
tidak dibantah oleh al-Quran. Sila rujuk sambungan ayat 3 surah ini untuk
kepastian.
Sejajar dengan al-Quran, Nabi s.a.w juga tidak
menegah orang-orang Arab Jahiliah, atau orang Kristian menggunakan kalimah
Allah.
Lebih daripada itu, surat Raja Mesir yang beragama Kristian, Muqauqis kepada Nabi s.a.w, dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim, dan tiada bantahan direkodkan daripada Baginda s.a.w (Rujuk Sirah Ibn Hisyam, jld. 2, hlm. 359 dan Zadul Ma’ad karangan Ibn Qayyim, jld. 3, hlm. 61).
Lebih daripada itu, surat Raja Mesir yang beragama Kristian, Muqauqis kepada Nabi s.a.w, dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim, dan tiada bantahan direkodkan daripada Baginda s.a.w (Rujuk Sirah Ibn Hisyam, jld. 2, hlm. 359 dan Zadul Ma’ad karangan Ibn Qayyim, jld. 3, hlm. 61).
Para ulama sejak zaman berzaman juga-secara
prinsipnya- tidak pernah melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam,
iaitu Ahli Kitab.
Buktinya, bagi menjadikan sembelihan Ahli Kitab halal dimakan oleh orang Islam, mereka mensyaratkan supaya Ahli Kitab menyebut nama Allah semasa menyembelih! (Rujuk tafsiran Imam Qurtubi terhadap ayat 5 surah al-Ma’idah dalam Tafsir al-Qurtubi).
Buktinya, bagi menjadikan sembelihan Ahli Kitab halal dimakan oleh orang Islam, mereka mensyaratkan supaya Ahli Kitab menyebut nama Allah semasa menyembelih! (Rujuk tafsiran Imam Qurtubi terhadap ayat 5 surah al-Ma’idah dalam Tafsir al-Qurtubi).
Rumusannya, mana-mana pihak, sangat tidak wajar
tergopoh gapah menanggapi tindakan sebahagian umat Islam membenarkan bukan
Islam menggunakan kalimah Allah berdasarkan kepercayaan mereka, sebagai
bermakna mereka (umat Islam) bersetuju dengan tindakan bukan Islam itu
mempersekutukan Allah, dan rentetan daripada itu, mereka dihukumkan sebagai
kafir!
Kegopohan menanggapi sedemikian memberi implikasi yang sangat 'dahsyat' kerana al-Quran, Nabi s.a.w dan para ulama sejak zaman berzaman, membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Logik akal menolak
Kegopohan menanggapi sedemikian memberi implikasi yang sangat 'dahsyat' kerana al-Quran, Nabi s.a.w dan para ulama sejak zaman berzaman, membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Logik akal menolak
Logik akal juga tidak dapat menerima tanggapan yang terkandung dalam fatwa terbaru Mufti Perak ini.
Jika benarlah tindakan membenarkan bukan Islam
menggunakan kalimah Allah bermakna persetujuan ke atas tindakan mereka
mempersekutukan Allah, maka tindakan pemimpin Islam membenarkan mereka membina
gereja dan rumah-rumah ibadat, juga boleh dikategorikan sebagai tanda
persetujuan pemimpin tersebut ke atas kekufuran dan akidah kufur mereka.
Ramai pemimpin Islam juga terjebak dalam kekufuran
kerana di kalangan mereka ada yang memberi sumbangan daripada dana kerajaan
kepada rumah-rumah ibadat tertentu.
Ini kerana, dengan sumbangan itu, bermakna mereka redha dan bersetuju dengan kekufuran orang-orang kafir.
Ini kerana, dengan sumbangan itu, bermakna mereka redha dan bersetuju dengan kekufuran orang-orang kafir.
Dengan tanggapan sebegini, ramai umat Islam yang
tergelincir dalam lumpur kekufuran disebabkan tindakan mereka mengucapkan
'Selamat Hari Krismas', 'Selamat Hari Deepavali' dan sebagainya kerana dengan
ucapan ini, bermakna mereka setuju dengan akidah kufur yang melatari
perayaan-perayaan ini.
Lebih dahsyat lagi, dengan tanggapan yang dinyatakan, mengiktiraf kewujudan bukan Islam dalam sesebuah negara Islam, juga boleh ditanggapi sebagai bersetuju atau redha dengan kekufuran yang menjadi anutan mereka.
Dengan ini, boleh dirumuskan bahawa tindakan
sesetengah umat Islam membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, tidak
boleh ditanggapi sebagai bermakna mereka bersetuju dengan akidah batil bukan
Islam tentang Allah s.w.t.
Tindakan tersebut hanya boleh ditanggapi
sedemikian jika terdapat tanda-tanda yang jelas menunjukkan mereka redha dengan
kekufuran yang dilakukan.
Sebagaimana yang jelas difahami, tulisan ini hanya
memperkatakan tentang penolakan terhadap fatwa yang mengkafirkan sesiapa yang
membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Tulisan ini tidak menolak pandangan sesetengah
pihak yang menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah di atas alasan
menjaga kemaslahatan umum dan akidah umat Islam.
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment