Al-Ghanushi ialah presiden Hizb An-Nahdhah, parti beraliran Islam yang menerajui Kerajaan Tunisia pasca penggulingan regim Ben Ali.
Beliau diasak dengan soalan provakatif itu dalam satu seminar berkenaan Maqasid Syariah di Algeria.
Syaikh Rasheed al-Ghanushi |
"Dua tahun sebelum ini (iaitu sebelum Tunisia 'merdeka' daripada regim Ben Ali), adakah kamu boleh bertanya soalan [seperti] ini, kemudian pulang ke rumah kamu dalam keadaan aman?", al-Ghanushi menyoal balas pemuda itu. Satu soalan yang mengandungi pernyataan secara tidak langsung tentang kekejaman regim Ben Ali ketika berkuasa.
Pem'bongsai'an Syariat
"Mengapa kamu melihat Syariat [Islam] itu [sebagai] satu siri hukuman [hudud, qisas dan takzir]...mengapa kamu tidak melihat 'syariat' itu ialah keadilan, kebebasan dan keamanan?", soal al-Ghanushi lagi.
Melalui soalan ini, al-Ghanushi cuba membebaskan pemikiran pemuda tadi daripada 'tempurung' pemikiran tradisi, yang gemar mem'bongsai'kan 'Syariat Islam'-yang mengcakupi seluruh ranah kehidupan manusia-dalam 'perlaksanaan hudud, qisas dan takzir' semata-mata.
Pemikiran 'keretot' tentang Syariat Islam ini mengakibatkan keadilan yang ditegakkan, kebebasan dan keamanan yang ditebarkan, serta pembangunan dan pendidikan yang dimajukan, tidak dilihat sebagai satu perlaksanaan Islam, atau penegakan Syariat Islam!
"Bukankah kamu [sebagai seorang Islam] ada sesuatu yang lain [yang boleh] kamu kemukakan kepada manusia selain hukuman [hudud, qisas dan takzir]?", soal al-Ghanushi lagi, yang dalam masa sama menarik perhatian pemuda tadi kepada soal awlawiyyat dalam perlaksanaan Islam, khususnya di Tunisia.
"Kebebasan yang dinikmati rakyat Tunisia [kini], bukankah ia salah satu maqasid syarak? Akhbar kita [sudah] bebas, universiti kita bebas, bukankah [semua] ini satu juzuk daripada Syariat [Islam]", soal al-Ghanushi lagi sambil membuat penegasan secara tidak langsung tentang makna Syariat Islam, dan makna 'perlaksanaan syariat'.
Satu 'kuliah' ringkas yang menarik dan padat tentang makna 'Syariat Islam' dan makna 'perlaksanaan Islam'!
NOTA : Teks asal catatan al-Ghanushi :
سألني
أحد الشباب بشكل استنكاري: ماذا قدمتم للإسلام وماذا طبقتم من الشريعة؟ فقلت له: قبل سنتين هل كان يمكن أن تسأل
هذا السؤال وتعود إلى بيتك آمنا ؟؟
لماذا
ترى أن الشريعة سلسلة من العقوبات، لماذا لا ترى الشريعة عدالة وحريات وأمنا ؟؟ أليس
لديكم شيء آخر تقدمونه للناس غير العقوبات ؟؟
الشريعة
عدل كلها ورحمة كلها، والحريات التي يتمتع بها الشعب التونسي أليست مقصدا من مقاصد
الشريع؟؟ صحافتنا حرة ومساجدنا حرة وجامعاتنا حرة، أليس هذا جزءا من الشريعة؟
No comments:
Post a Comment