Monday 24 October 2011

Kabilah Qazazifah : Qisas ke atas Qaradhawi atas pembunuhan Gadafi!

Kabilah Qazazifah, kabilah bekas pemimpin Libya, Muammar Gadafi meletakkan tanggungjawab pembunuhan Gadafi ke atas bahu Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia.
Dalam satu kenyataan, kabilah tersebut  menyatakan, “pakar rujuk Ikhwan, Yusuf al-Qaradhawi adalah individu yang berdiri disebalik jenayah pembunuhan Mu’ammar Gadafi, setelah beliau mengeluarkan fatwanya yang masyhur yang mengharuskan pembunuhan Gadafi dan menggalakkan tindakan tersebut”.
Kenyataan itu juga menyebut bahawa “mana-mana penyiasatan yang dilakukan oleh badan-badan antarabangsa, tidak mengambil kira hasutan membunuh yang jelas ini”.
Kenyataan itu turut menyanggah fatwa Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia itu dengan menegaskan bahawa ia “tidak terbina di atas ajaran syarak, sebaliknya di atas permusuhan tradisi antara Gadafi dan Ikhwan Muslimin, yang menganggap Qaradahwi sebagai tempat rujukan agama mereka”.
Penyokong-penyokong Gadafi itu turut mengancam untuk “melayan Syaikhul Fitnah (merujuk kepada Qaradhawi) dengan layanan yang serupa dan akan melaksanakan hukuman Qisas ke atas beliau  di mana pun beliau berada, meskipun beliau bersembunyi atau bersiap siaga”.

Fatwa yang dimaksudkan oleh penyokong-penyokong Gadafi itu ialah fatwa Qaradhawi sebelum ini yang menghalalkan darah bekas pemimpin Libya itu.
Al-Jazeera. net melaporkan :
أفتى رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الشيخ يوسف القرضاوي بقتل الطاغية الليبي معمر القذافي بسبب قتله أبناء شعبه عن طريق قصفهم بالطائرات واستخدام المرتزقة الأجانب لقتلهم
(Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh al-Qaradhawi telah memfatwakan [supaya] dibunuh Penindas Berbangsa Libya, Muammar Gadafi disebabkan [tindakannya] membunuh rakyatnya melalui cara membedil mereka dengan jet-jet pejuang dan penggunaan orang-orang upahan asing bagi [tujuan] membunuh mereka)
Menurut Qaradhawi, sesiapa sahaja yang berkemampuan melepaskan tembakan kepada Gadafi, hendaklah berbuat demikian.
Al-Jazeera.net memetik beliau sebagai berkata :
أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه.
(Sekarang, saya keluarkan fatwa [supaya] dibunuh Gadafi.Mana-mana pegawai [keselamatan], tentera atau mana-mana individu [yang] mampu melepaskan tembakan kepadanya, maka lakukanlah bagi membebaskan orang-orang Libya dan ummah daripada kejahatan dan kezaliman lelaki gila ini!)

No comments:

Post a Comment